Back

ⓘ Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia yang terbentuk daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknolo ..



                                     

ⓘ Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia

Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia yang terbentuk daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Kini, KASA diterajui oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku Menteri Alam Sekitar dan Air dan Ahmad Masrizal Muhammad sebagai timbalan menteri yang telah mengangkat sumpah pada 10 Mac 2020.

                                     

1. Latar Belakang

  • Pada tahun 1974, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Persekitaran.
  • Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi S&T dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar MOSTE pada tahun 1976.
  • Bermula 2004, Kerajaan memisahkan portfolio Sains dan Teknologi bagi membentuk kementerian lain dan portfolios Alam Sekitar digabungkan dengan portfolio Sumber Asli menjadi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar NRE.
  • Pada 2018, Pakatan Harapan yang telah menang dalam pilihan raya umum ke-14 menjadi kerajaan baharu telah membentuk Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim MESTECC menggabungkan keseluruhan komponen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi MOSTI, komponen tenaga dan teknologi hijau daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air KeTTHA dan komponen berkaitan perubahan iklim dan alam sekitar daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar NRE.
  • Selepas Kemelut politik Malaysia 2020, MESTECC dibubarkan dan kerajaan Perikatan Nasional membentuk semula tiga kementerian, iaitu dua kementerian baharu, Kementerian Alam Sekitar dan Air, dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi MOSTI diwujudkan semula.
                                     

2. Pautan luar

  • Laman rasmi MOSTI
  • Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia di Facebook
  • Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia di Twitter
  • Saluran Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia di YouTube
  • Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia di Instagram
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →