Back

ⓘ Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri ..



                                     

ⓘ Konsep kendiri

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.

Carl Rogers 1950, mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats 1963, berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:

  • proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu
  • tanggapan diri seseorang individu

Syarifah Alawiah 1987, pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.

                                     

1. Konsep Kendiri Positif

Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

                                     

2. Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif

  • Mudah berkawan
  • Peramah
  • Murah hati
  • Memuji orang lain
  • Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
  • Menghargai
  • Puas hati dengan pencapaian
  • Puas hati dengan dirinya
                                     

3. Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif

  • Kurang keyakinan pada diri sendiri
  • Sering merasa bimbang
  • Cenderung untuk merasa salah
  • Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil
  • Takut kepada kegagalan
  • Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas
  • Pencapaian akademik yang rendah
  • Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti
  • Tidak gemar kerja mencabar
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →