Back

ⓘ Subbenua India. Rencana ini menangani dengan rantau geofizikal di Asia. Untuk layanan geopolitik, lihat Asia Selatan. Subbenua India, juga dikenali sebagai Asia ..



Subbenua India
                                     

ⓘ Subbenua India

Rencana ini menangani dengan rantau geofizikal di Asia. Untuk layanan geopolitik, lihat Asia Selatan.

Subbenua India, juga dikenali sebagai Asia Selatan dan istilah lain, ialah wilayah di benua Asia yang terletak, sebahagian besarnya, di atas plat tektonik India di sebelah selatan Banjaran Himalaya, dan membentuk suatu daratan yang terbentang ke Lautan Hindi di selatan.

                                     

1. Takrif

Istilah "subbenua India" dan "Asia Selatan" sering digunakan secara saling berganti. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kepekaan politik, sesetengah orang lebih suka menggunakan istilah "Subbenua Asia Selatan", "Subbenua Indo-Pak benua", "Subbenua", atau secara mudah, "Asia Selatan" daripada menggunakan istilah "Subbenua India". Menurut ahli sejarah Sugata Bose dan Ayesha Jalal, penggunaan istilah "Asia Selatan" untuk merujuk kepada subbenua India merupakan "istilah yang lebih terkini dan lebih neutral". Ahli kaji India, Ronald B. Inden, berpendapat bahawa istilah "Asia Selatan" semakin meluas penggunaannya kerana ia dapat membezakan wilayah ini dengan jelas daripada kawasan Asia Timur; Sesetengah ahli akademik pula berpendirian bahawa istilah "Asia Selatan" lebih umum digunakan di Eropah dan Amerika Utara, berbanding dengan istilah "Subbenua" atau "Subbenua India". Sebuah buku kecil yang diterbitkan oleh Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat pada tahun 1959 memasukkan Afghanistan, Ceylon Sri Lanka, India, Nepal, dan Pakistan dalam takrif "Subbenua Asia Selatan"-nya.

                                     

1.1. Takrif Ruang lingkup

Takrif luasnya geografi subbenua India berbeza-beza. Ia biasanya merangkumi negara-negara India, Pakistan, dan Bangladesh; seringnya, ia juga merangkumi Nepal, Bhutan, serta kawasan luar pesisir Sri Lanka dan mungkin juga Afghanistan dan Maldives. Merangkumi seluruh Greater India atau wilayah-wilayah Raj British daripada segi sejarah, wilayah kini terdiri daripada India, Pakistan, dan Bangladesh; seringnya, ia juga merangkumi Nepal, Bhutan, dan kawasan luar pesisir Sri Lanka. Tambahan lagi, wilayah ini mungkin juga termasuk Afghanistan dan negara pulau Maldives, serta juga kawasan yang dipertikaikan di Aksai Chin yang merupakan sebahagian daripada negeri berdaulat India British di Jammu dan Kashmir yang kini ditadbirkan sebagai sebahagian wilayah autonomi Xinjiang, China. Walau bagaimanapun, apabila istilah "Subbenua India" digunakan untuk bermaksud "Asia Selatan", negara-negara pulau Sri Lanka dan Maldives kekadang tidak dimasukkan, sementara Tibet dan Nepal kekadang dimasukkan dan kekadang tidak, bergantung kepada konteks.

                                     

2. Geografi

Daripada segi geografi, subbenua India merupakan sebuah semenanjung di Asia selatan-tengah yang berbentuk lebih kurang seperti berlian yang disempadani oleh Banjaran Himalaya di sebelah utara, Hindu Kush di sebelah barat, dan Arakanis di timur. Ia menganjur ke Lautan Hindi di selatan, dengan Laut Arab di sebelah barat daya dan Teluk Bengal di sebelah tenggara. Dengan mengambil kira kesemua tujuh buah negara di subbenua ini, wilayah ini merangkumi 4.4 juta km² 1.7 juta mi² yang merupakan 10% daripada keluasan benua Asia atau 2.4% daripada keluasan seluruh permukaan bumi di dunia. Pada keseluruhannya, subbenua India menampung 34% daripada jumlah penduduk di Asia atau melebihi 16.5% daripada jumlah penduduk di seluruh dunia, dengan penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum.

                                     

3. Geologi

Sebahagian besar wilayah ini terletak di atas sebuah plat tektonik tersendiri, iaitu Plat India bahagian utara Plat Indo-Australia, yang dipencilkan dari bahagian Asia yang lain oleh sawar gunung. Pada suatu ketika, wilayah ini merupakan sebuah benua yang kecil sebelum bertembung dengan Plat Eurasia antara 50-55 juta tahun dahulu lalu mewujudkan Banjaran Himalaya serta dan penara Tibet.

Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →