Back

ⓘ Alam semesta merujuk kepada kesemua benda yang wujud, sama ada dapat dilihat, atau tidak dapat dilihat. Benda-benda di dalam alam semesta dapat di bahagikan kep ..



                                               

Ogoh-ogoh

Ogoh-ogoh merupakan sejenis patung yang melambangkan makhluk Bhuta Kala dalam kebudayaan Bali. Mengikut ajaran agama Hindu di Bali, Bhuta Kala melambangkan kekuatan alam semesta dan masa yang tak terukur dan tak terhingga. Bhuta Kala digambarkan sebagai puaka atau raksasa yang besar dan menakutkan. Selain berbentuk raksasa, Ogoh-ogoh juga digambarkan dalam bentuk makhluk-makhluk yang hidup di alam fana, syurga mahupun neraka, seperti naga, gajah, garuda, Widyadari, ataupun dewa. Kebelakangan ini, ada ogoh-ogoh yang dibuat menyerupai tokoh terkenal, seperti para pemimpin dunia, artis atau t ...

                                               

Institut Carl Sagan

Carl Sagan Institute: Pale Blue Dot and Beyond ditubuhkan pada tahun 2014 di Universiti Cornell di Ithaca, New York untuk mencari lebih jauh planet dan satelit yang dapat dihuni di dalam dan di luar Sistem Suria. Institut ini memfokuskan pada mencirikan eksoplanet dan instrumen untuk mencari tanda-tanda kehidupan di alam semesta.

                                               

10 yottameter

Untuk membantu membandingkan beza magnitud, halaman ini menyenaraikan jarak bermula daripada 10 Ym. Pada skala ini, pengembangan alam semesta menjadi ketara. Jarak objek ini diperolehi daripada pengukuran anjakan merahnya, yang bergantung kepada model kosmologi yang digunakan. Jarak yang lebih pendek daripada 10 Ym 18 Ym - anjakan merah 0.16 - 1.9 bilion tahun cahaya - Jarak ke kuasar 3C 273 jarak perjalanan cahaya 75 Ym - anjakan merah 0.95 - 8 bilion tahun cahaya - Jarak anggaran ke supernova SN 2002dd dalam Hubble Deep Field North jarak perjalanan cahaya 37.8 Ym - 4 bilion tahun cahaya ...

                                               

Pembinasa Bintang

Pembinasa Bintang adalah kapal utama dalam fiksyen Star Wars alam semesta. Pembinasa Bintang Imperial, pertama kali muncul dalam detik pertama Star Wars, adalah "kapal khas armada Imperial". Istilah "Pembinasa Bintang" juga merujuk pada kapal-kapal lain dalam dunia Perang Bintang. Pembinasa Bintang muncul dalam tiga filem Star Wars asal dan dalam filem Revenge of the Sith. Selain kemunculan dalam filem, Pembinasa Bintang muncul di seluruh alam semesta berkembang Perang Bintang dalam buku, komik, dan permainan. Banyak model dan mainan Pembinasa Bintang telah dikeluarkan.

                                               

Teori segala sesuatu

Teori segala sesuatu atau teori utama difahamkan sebagai rangka kerja teori fizik andaian tunggal, kamil dan koheren yang menjelaskan dan menghubungkan kesemua aspek fizik yang wujud dalam alam semesta. Penemuan teori ini merupakan salah satu masalah yang belum dapat diselesaikan dalam fizik. Selama beberapa abad terakhir, terdapat dua rangka teori telah dikembangkan yang secara keseluruhannya sangat mirip dengan teori ini. Kedua-dua teori ini merupakan tempat segala fizik moden bergantung kepadanya: kerelatifan umum/am general relativity: hanya berfokus pada graviti untuk memahami alam se ...

                                               

Sangkakala

Sangkakala atau sangka adalah sejenis alat tiup yang terbuat dari kulit luar kerang yang ditiup atau dibunyikan secara berkala. Pada zaman dahulu sangkakala biasa digunakan dalam tujuan tertentu seperti untuk meminta perhatian orang ramai atau ketika hendak mulai berperang mengumpulkan askar-askar dan banyak lagi.

Alam semesta
                                     

ⓘ Alam semesta

Alam semesta merujuk kepada kesemua benda yang wujud, sama ada dapat dilihat, atau tidak dapat dilihat. Benda-benda di dalam alam semesta dapat di bahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu benda hidup dan benda bukan hidup.

Sebahagian pakar sains percaya bahawa Alam Semesta bermula dengan satu letupan besar yang membentuk ruang, masa, tenaga, dan jirim. Dalam Alam Semesta terdapat kelompok-kelompok galaksi yang teramat besar yang dikenali sebagai Kelompok agung, yang terdiri daripada kelompok-kelompok galaksi yang lebih kecil.

Dalam kelompok galaksi yang lebih kecil daripada Kelompok agung, di mana kita berada dikenali sebagai Kelompok tempatan. Terdapat 30 galaksi termasuk -bima sakti adalah suatu galaksi berpilih yang telah dikenal pasti, beredar mengelilingi pusat Kelompok tempatan. Dalam setiap galaksi dianggarkan terdapat pula 100.000 juta bintang dan pada kebiasaannya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit dibahagian tengah seperti piring dengan saiz diameter 100.000 tahun cahaya.Bagaimanapun terdapat galaksi berbentuk lingkaran, lingkaran berpalang, elips, bentuk tak seragam.

Setiap galaksi berputar mengelilingi pusat galaksi, dan ini termasuk sistem suria yang terletak di dua per tiga ke tepi galaksi Bima Sakti, kira-kira 30 ribu tahun cahaya dari pusat. Sistem suria mengambil masa 220 juta tahun untuk melengkapi satu edaran mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Dalam Sistem suria pula kesemua sembilan planet beredar mengelilingi matahari. Sesetengah planet di sistem suria memiliki bulan yang beredar mengelilingi mereka.

Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →