Back

ⓘ Kebudayaan Jepun merangkumi interaksi antara budaya asli Jomon yang kukuh dengan pengaruh dari luar negara yang menyusul. Mula-mulanya China dan Korea banyak me ..



                                               

Buyeo Pung

Buyeo Pung ialah seorang putera Baekje, salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea. Baginda ialah putera kepada raja terakhir, Uija dari Baekje. Ketika Baekje jatuh ke perikatan Silla–Tang pada tahun 660, baginda ialah tebusan yang menggadaikan pakatan Baekje dengan Jepun. Baginda tidak lama kemudian diisytiharkan sebagai raja. Baginda kembali dengan tentera Jepun dan jeneral Yamato Abe no Hirafu untuk menghidupkan kembali negara itu. Jeneral Boksin dari pasukan kebangkitan Baekje memberinya gelaran Raja Pungjang 풍장 왕, 豊 璋 王. Baginda bergabung dengan pejuang Baekje yang dipimpin oleh Je ...

Kebudayaan Jepun
                                     

ⓘ Kebudayaan Jepun

Kebudayaan Jepun merangkumi interaksi antara budaya asli Jomon yang kukuh dengan pengaruh dari luar negara yang menyusul. Mula-mulanya China dan Korea banyak membawa pengaruh, bermula dengan perkembangan budaya Yayoi sekitar 300 SM. Gabungan tradisi budaya Greece dan India, mempengaruhi seni dan keagamaan Jepun sejak abad ke-6 Masihi, dilengkapkan dengan pengenalan agama Buddha mazhab Mahayana. Sejak abad ke-16, pengaruh Eropah menonjol, disusuli dengan pengaruh Amerika Syarikat yang mendominasi Jepun setelah akhirnya Perang Dunia Kedua.

Jepun turut mengembangkan budaya yang original dan unik, dalam seni, kraftangan, dan tradisi, serta makanan Jepun yang unik sekali.

Kini, Jepun merupakan salah sebuah pengeksport budaya pop yang terbesar. Anime, manga, fesyen perfileman, kesusasteraan, permainan video dan muzik Jepun menerima sambutan hangat di seluruh dunia, terutama di negara-negara Asia yang lain. Pemuda Jepun gemar mencetus trend baru dan kegemaran mengikut gaya mereka mempengaruhi fesyen dan trend seluruh dunia. Pasaran muda-mudi yang amat cemerlang membawa ujian geir kepada barang-barang pengguna elektronik yang baru, di mana gaya dan fungsinya ditentukan oleh pengguna Jepun, sebelum dipertimbangkan untuk pengedaran seluruh dunia.

Baru-baru ini Jepun mula mengeksport satu lagi komoditi budaya yang bernilai: ahli sukan. Populariti pemain besbol Jepun di Amerika Syarikat meningkatkan kesedaran warga negara Barat tersebut terhadap segalanya mengenai Jepun.

Orang Jepun biasanya gemar memakan makanan tradisi mereka. Sebahagian besar rancangan-rancangan TV pada waktu petang dikhaskan kepada penemuan dan penghasilan makanan tradisional yang bermutu. Makanan Jepun mencipta nama di seluruh dunia dengan sushi, yang biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis ikan mentah yang digabungkan dengan nasi sejuk dan pes wasabi. sushi digermari penduduk seluruh dunia. Makanan jepun menumpu kepada peralihan musim, dengan menghidangkan mi sejuk dan sashimi pada musim panas, manakala ramen panas dan shabu-shabu disediakan pada musim sejuk.

                                     

1. Lihat juga

  • Seni dan reka bentuk Jepun
  • Perayaan Jepun
  • Pakaian Jepun
  • Katana
  • Tahun Baru Jepun
  • Media Jepun
  • Program televisyen Jepun
  • Pelancongan di Jepun
  • Sukan di Jepun
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →