Back

ⓘ Mentor ditakrifkan sebagai seseorang yang memegang peranan sebagai penyelia atau penasihat kepada pelajar atau pelatih, serupa dengan tugas seorang guru atau ka ..



                                               

Nieyl

Nuriylia "Nieyl" binti Jailani adalah merupakan seorang penyanyi wanita di Malaysia dimana bakat nyanyiannya mulai dikenali setelah beliau menyertai sebuah program realiti televisyen Mentor pada tahun 2006 dimana beliau menjadi protege kepada Nurul Wahab. Beliau juga adalah pemenang naib juara didalam program realiti tersebut.

Mentor
                                     

ⓘ Mentor

Mentor ditakrifkan sebagai seseorang yang memegang peranan sebagai penyelia atau penasihat kepada pelajar atau pelatih, serupa dengan tugas seorang guru atau kaunselor, tetapi lebih erat dengan anak didiknya. Mentor ini selalunya seseorang yang berpengalaman dalam bidang yang sedang diceburinya.

Istilah "mentor" berasal dari nama seorang tokoh dalam kisah mitos Yunani. Mentor Bahasa Yunani: Μέντωρ Méntōr ialah anak kepada Alcumus dan, ketika lanjut usia, dia berkawan dengan Odysseus. Apabila melibatkan diri dalam Perang Trojan, Odysseus menyerahkan tugas menjaga istana dan anaknya Telemachus kepada Mentor. Tidak lama kemudian, Dewi Athena menziarahi Telemachus dan menyamar sebagai Mentor untuk menlindungi diri dari dijumpai sebilangan jejaka yang cuba melamar Penelope iaitu ibu kepada Telemachus. Dewi yang menyamar itu menggesa Telemachus agar membantah lamaran mereka lalu pergi berantau untuk mencari bapanya. Sekembali Odysseus ke Ithaca, Athena bertukar menjadi burung layang-layang sementara para pelamar tersebut gagal menewaskan Odysseus.

Penggunaan terawal istilah "mentor" bagi erti ini dipercayai terdapat dalam buku berjudul "Les Aventures de Telemaque" karya François Fénelon, yang mana watak utamanya bergelar Mentor. Buku tersebut diterbitkan pada tahun 1699 lalu menjadi amat laris pada abad ke-18, dan dari buku inilah lahirnya istilah "mentor" dalam erti kata yang kita ketahui.

                                     

1. Contoh

  • Politik - Aristotle adalah mentor kepada Alexander Agung
  • Lakonan - Mel Gibson adalah mentor kepada Heath Ledger
  • Sutradara - Martin Scorsese adalah mentor kepada Oliver Stone
  • Muzik - Johann Christian Bach adalah mentor kepada Wolfgang Amadeus Mozart
  • Sukan - Eddy Merckx adalah mentor kepada Lance Armstrong; Bobby Charlton adalah mentor kepada David Beckham
  • Usahawan - Freddie Laker adalah mentor kepada Richard Branson
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →