Back

ⓘ Baháí. Bahai ialah sebuah agama monoteisme yang mengikuti ajaran pengasas mereka Baháulláh. Agama ini diasaskan pada abad ke-19 di Persia oleh Mírzá Husayn-`Alí ..



Baháí
                                     

ⓘ Baháí

Bahai ialah sebuah agama monoteisme yang mengikuti ajaran pengasas mereka Baháulláh. Agama ini diasaskan pada abad ke-19 di Persia oleh Mírzá Husayn-`Alí Núrí. Bahai merupakan salah satu dari beberapa agama yang cuba menggabungkan beberapa agama yang berlainan menjadi satu agama. Contohnya Din-i-Ilahi yang diasaskan oleh Akbar Agung.

Agama ini mucul di Iran pada tahun 1847M. Ia berlanjutan kepada Bábisme yang diasaskan oleh Siyyid `Alí-Muhammad dari Shiraz 1850M.

Agama Bahai ialah agama dunia termuda. Pengasasnya, Baháulláh menganggap bahawa setiap agama agung disampaikan oleh Pesuruh Tuhan - seperti Musa, Krishna, Buddha, Zarathustra, Jesus, Muhammad, dan terkini sekali adalah Báb - mewakili bahagian-bahagian dalam perkembangan kerohanian ketamadunan. Mereka percaya bahawa Baháulláh adalah Pesuruh terkini dalam turutan dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia moden. Oleh sebab itu?, walaupun Ajaran Baháí tidak digolongkan ke dalam agama Ibrahim, ia mengakui kebanyakan tokoh agung yang sama.

Amanat utama pesanan Baháulláh Kemuliaan Tuhan ialah bahawa umat manusia terdiri dari satu bangsa sahaja dan bahawa pada suatu hari mereka harus bersatu. Beliau pernah berkata: "Dunia hanya terdiri dari satu negara, yang mana semua orang adalah warganya".

Agama Bahai berbeza daripada agama Islam Syiah, tetapi muncul daripada agama ini sepertimana dakwaan agama Kristian muncul daripada agama Yahudi dan agama Buddha daripada agama Hindu.

Terdapat sekitar 6 juta penganut Bahai di lebih daripada 200 negara-negara dunia. Markas utama agama ini berada di Haifa, Israel.

Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →