Back

ⓘ Raya Tak Jadi! merupakan sebuah filem genre komedi kekeluargaan yang ditayangkan pada 15 September 2011 di Malaysia. Filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ..



                                               

Seri Serdang (kawasan negeri)

N29 Seri Serdang ialah kawasan pilihan raya bagi Dewan Negeri Selangor. DUN Seri Serdang ini berada di bawah Parlimen Puchong. Penyandang DUN ini ialah Yang Berhormat Dr Siti Mariah Mahmud naib presiden AMANAH. Beliau menyandang kerusi ini sejak PRU-14 yang lalu dan dilantik menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

                                               

Karuppaiya Muthusamy

Karuppaiya A/L Muthusamy ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah menjadi Ahli Parlimen Padang Serai sejak Mei 2018. Beliau ialah ahli dan Ketua Padang Serai dari Parti Keadilan Rakyat dan pakatan pembangkang Pakatan Harapan, yang merupakan gabungannya.

                                               

Alexander De Croo

Alexander De Croo ialah seorang ahli politik beraliran liberal dan usahawan berketurunan Flemish. Dilahirkan di Vilvoorde, De Croo bekerja untuk firma perundingan Boston Consulting Group. Pada tahun 2006, beliau memulakan syarikat sendiri yang diberi nama Darts-ip. Kerjayanya di dunia politik bermula dengan mengikuti pilihan raya dan terpilih sebagai ketua dalam parti liberal Open VLD. Pada pilihan raya persekutuan 2010, beliau berjaya terpilih menjadi Senator. Pada akhir 2012, beliau terpilih menggantikan Vincent Van Quickenborne sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pencen sehingg ...

                                               

Sambal (siri TV)

Sambal ialah sebuah drama bersiri komedi Malaysia 1996 arahan Azwan Ali yang ditayangkan di TV3 setiap hari ahad jam 12 tengah hari. Drama ini merupakan adaptasi longgar secara komedi dan parodi daripada kisah dongeng Bawang Putih Bawang Merah dan Mat Jenin. Ia menampilkan pelawak terkenal Salih Yaacob dan Syanie sebagai teraju utama. Drama ini mendapat rating yang cukup tinggi setelah episod pengenalannya ditayangkan pada sambutan tahun baharu 1996 dan episod seterusnya ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri yang disambut serentak pada tahun itu. Drama ini membariskan rama ...

Raya Tak Jadi!
                                     

ⓘ Raya Tak Jadi!

Raya Tak Jadi! merupakan sebuah filem genre komedi kekeluargaan yang ditayangkan pada 15 September 2011 di Malaysia. Filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ini turut dibintangi oleh Saiful Apek, Johan dan Dato Jalaluddin Hassan. Filem ini mengisahkan apabila pengumum tarikh hari raya diculik dan misi dua beradik untuk membawa mangsa culik ke tempat asalnya.

Filem ini ditayangkan pada pertengahan hari raya Aidilfitri.

                                     

1. Plot

Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.

Shuib mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.

Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik. Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.

                                     

2. Maklum Balas

Kutipan

Selepas empat hari tayangan, filem ini berjaya mengutip RM 3.1 juta. Hal ini mengembalikan kejayaan Prof. Razak selepas siri Anak Mami yang beliau arahkan, suatu masa lalu.

Keseluruhan

Filem ini berjaya membawa penonton perasan raya dengan tema yang digunakan. Gandingan Saiful Apek dengan Johan berjaya mencuit hati penonton yang berada di pawagam. Tetapi, ada sedikit kelam-kabut dengan beberapa babak dilihat tidak perlu. Hal ini kan menyebabkan filem ini menjadi sedikit melerat dan membosankan. Tetapi, lawak yang ditonjolkan berjaya menutup kesilapan itu. Filem ini berjaya menaikan nama Prof. A. Razak Mohaideen selepas selama ini suram.

Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →