Back

ⓘ Objek mustahil ..



                                               

Objek mustahil

Objek mustahil ialah sejenis ilusi optik terdiri daripada suatu bentuk dua dimensi yang dilihat segera atau di bawah sedar sistem penglihatan sebagai mewakili suatu unjuran grafik objek tiga dimensi. Sifat "kemustahilan" kebanyakan objek sebegini mula disedari setelah beberapa lama kemudian kerana kecenderungan menafsirkan gambaran dua dimensi sebagai objek tiga dimensi.

                                               

Segi tiga Penrose

Segi tiga Penrose ialah suatu objek mustahil terdiri daripada suatu bentuk segi tiga yang menampakkan suatu ilusi optik seakan suatu objek pepejal namun hanya lukisan berunjuran yang boleh dilihat dari sudut pandang tertentu sahaja. Bentuk ini mula dilakarkan Oscar Reutersvärd tahun 1934. Ia difikirkan secara berasingan oleh anak-beranak Lionel Penrose dan Roger Penrose, yang mana Roger khususnya menggambarkan objek ini sebagai suatu "kemustahilan paling tulen". Bentuk ini dapat digarisi membentuk suatu jalur Möbius bergelung empat.

                                               

Tangga Penrose

Tangga Penrose ialah suatu objek mustahil ciptaan anak-beranak Lionel Penrose dan Roger Penrose. Objek ini dibina berdasarkan segi tiga Penrose di mana ia menggambarkan sebuah tangga yang membuat belokan 90 darjah namun bersambung sehingga seseorang yang berjalan di dalamnya tidak pergi lebih tinggi lagi. Objek ini mustahil dibina dalam bentuk tiga dimensinya. Objek ini pertama kali diilhamkan dalam sebuah rencana nukilan anak-beranak Penrose pada tahun 1959, berdasarkan "segitiga Penrose" karya Roger Penrose dalam makalah British Journal of Psychology pada tahun 1958.

Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →