Back

ⓘ Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkit ..




                                               

Parang Lading Pendek

Parang Lading Pendek atau juga dikenali sebagai Lading Pendek atau Parang Pendek merupakan jenis parang yang lebar dan melengkung pada bahagian tengahnya. Terdapat juga jenis yang memiliki bentuk cangkuk pada bahagian hujungnya. Matanya tajam di sebelah melengkung keluar dan digunakan sebagai alatan pertanian dan juga sebagai senjata. Di Sarawak, terdapat parang yang memiliki bentuk hampir serupa yang dikenali sebagai Parang Candung atau Parang Duku Candung.

                                               

Sungai Petani (kawasan persekutuan)

Sungai Petani ialah sebuah kawasan persekutuan di Kedah, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Rakyat dengan kod P015. Kawasan Parlimen ini mula dipertandingkan pada 1959, dan memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia mengikut sistem undian terbanyak.

                                               

Bank Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam

Bank Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam atau Agribank ialah bank komersial terbesar di Vietnam mengikut jumlah aset. Bank tersebut ialah syarikat milik negara dengan status istimewa. Menurut laporan dari Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Agribank juga merupakan syarikat terbesar di Vietnam.

                                               

Kronos

Kronos merupakan penghulu segala dewa-dewi yang lahir dari Ouranos dan Gaia dalam cerita penciptaan dunia mitologi Yunani; dia turut disembah sebagai dewa pertanian dalam kalangan masyarakat tersebut. Dewa ini diletakkan setaraf dengan Saturnus dalam mitologi Rom.

Pertanian
                                     

ⓘ Pertanian

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata. Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.

Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan misalnya, permakultur dan pertanian organik dan pertanian intensif misalnya, pertanian perindustrian.

Agronomi ilmu pertanian moden, pembiakbakaan tumbuhan, racun perosak, dan baja, serta juga peningkatan teknologi telah menambah hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu yang sama, sangat menjejaskan ekologi dan kesihatan manusia. Pembiakbakaan pilihan dan amalan moden penternakan seperti penternakan babi intensif dengan amalan yang serupa juga dipergunakan untuk ayam juga meningkatkan keluaran daging, tetapi menimbulkan rasa bimbang tentang kekejaman haiwan dan kesan kesihatan antibiotik, hormon pertumbuhan, dan bahan kimia yang lain yang umum digunakan dalam pengeluaran daging perindustrian.

Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan, gentian, bahan api, bahan mentah, bahan farmaseutik, dan perangsang, serta beraneka jenis keluaran hiasan dan lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah ditanam terutamanya untuk menghasilkan:

  • bahan lain yang berguna, misalnya damar.
  • bahan mentah, misalnya kayu gergaji, dan buluh;
  • biobahan api, misalnya metana daripada biojisim, etanol, dan biodiesel;
  • keluaran hiasan, misalnya bunga potong, dan tumbuhan semaian, serta juga ikan dan burung tropika untuk perdagangan haiwan kesayangan; dan
  • biobahan api, bahan farmaseutik, bahan biofarmaseutik, dan bioplastik;
  • perangsang, misalnya tembakau, alkohol, candu, kokaina, dan digitalis;
  • makanan, misalnya bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, dan daging;
  • gentian, misalnya kapas, bulu biri-biri, hem, sutera, dan flaks;

Walaupun pada 2003, bilangan pekerja pertanian tidak sebegitu banyak, namun kerana kesedaran terhadap pentingnya pertanian, jumlahnya naik dengan pesat pada 2008. Sesungguhnya, sektor perkhidmatan melebihi pertanian sebagai sektor ekonomi yang menggaji paling banyak orang di seluruh dunia pada tahun itu. Meskipun pertanian menggaji melebihi satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia pada 2007, pengeluaran pertanian hanya menyumbangkan kurang daripada 5% keluaran dunia kasar iaitu jumlah kesemua keluaran dalam negara kasar KDNK.

                                     

1. Gambaran keseluruhan

Pertanian telah memainkan peranan yang utama dalam perkembangan tamadun, dengan sebahagian jumlah penduduk yang amat besar mengerjakan pertanian sehingga Revolusi Perindustrian. Pembangunan teknik pertanian telah meningkatkan daya pengeluaran pertanian secara beransur-ansur, dengan tempoh sewaktu teknik itu tersebar secara meluas sering dikenali sebagai revolusi pertanian. Peralihan yang luar biasa dalam amalan pertanian berlaku pada abad yang lalu sebagai tindak balas kepada teknologi baharu. Khususnya, kaedah Haber-Bosch untuk mensintesis ammonium nitrat mengurangkan keperluan amalan tradisional yang membabitkan kitar semula nutrien menerusi penggiliran tanaman dan baja haiwan.

Nitrogen tiruan, bersama-sama dengan fosfat batuan lombong, racun perosak, dan penjenteraan telah meningkatkan hasil tanaman secara ketara pada awal abad ke-20. Bekalan bijian yang semakin bertambah juga menyebabkan ternakan yang lebih murah. Tambahan lagi, kenaikan hasil sedunia telah dialami pada akhir abad ke-20 apabila kelainan hasil tinggi bijian ruji yang umum seperti padi, gandum, dan jagung diperkenalkan sebagai sebahagian Revolusi Hijau. Revolusi Hijau mengeksport teknologi termasuk racun perosak dan nitrogen tiruan dari dunia maju ke dunia membangun. Thomas Malthus terkenal kerana meramalkan bahawa Bumi tidak berupaya menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah, tetapi teknologi seperti Revolusi Hijau telah membenarkan dunia menghasilkan lebihan makanan.

Banyak pemerintahan mengamalkan pertanian bersubsidi untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi. Subsidi pertanian ini seringnya dikaitkan dengan pengeluaran komoditi yang tertentu seperti gandum, agung, padi, kacang soya, dan susu. Sesungguhnya, subsidi itu, terutamanya apabila dimulakan oleh negara maju, telah diperhatikan sebagai langkah pelindung yang tidak cekap dan menjejaskan persekitaran. Pada abad yang lalu, pertanian telah dicirikan oleh daya pengeluaran yang tertingkat, penjenteraan, pencemaran air, dan susidi ladang. Penyokong perladangan organik seperti Sir Albert Howard mendebatkan pada awal 1900-an bahawa penggunaan lebihan racun perosak dan baja tiruan menjejaskan kesuburan tanih pada jangka panjang. Sedangkan perasaan ini terpendam berdekad-dekad lamanya, terdapat arah aliran yang menuju kepada pertanian boleh kekal oleh sesetengah petani, pengguna, dan pembuat dasar sewaktu kesedaran persekitaran meningkat pada 2000-an. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat tindak balas yang hebat terhadap kesan persekitaran luaran yang diakibatkan oleh pertanian aliran utama, khususnya pencemaran air, yang membawa kepada pembentukan gerakan organik. Salah satu pengaruh yang utama di belakang gerakan ini ialah Kesatuan Eropah yang mula-mulanya mengesahkan makanan organik pada 1991. Seterusnya pada 2005, ia membuat pembaharuan pada Dasar Pertanian Umum CAP yang dikenali sebagai penyahgandingan untuk menghentikan sebarang subsidi ladang berkait komoditi secara berperingkat-peringkat. Pertumbuhan perladangan organik telah membaharui penyelidikan teknologi alternatif seperti pengurusan perosak sepadu dan pembiakbakaan pilihan, dengan pembangunan teknologi aliran utama yang terkini termasuklah makanan terubah suai genetik.

Selewat 2007, sebilangan faktor menyebabkan kenaikan harga bijian yang digunakan sebagai makanan untuk ayam itik, serta juga lembu tenusu dan lembu yang lain. Ini menyebabkan kenaikan harga gandum naik 58%, kacang soya naik 32%, dan jagung naik 11% pada sepanjang tahun tersebut. Rusuhan makanan baru-baru ini telah berlaku di banyak negara di seluruh dunia. Juga pada 2007, satu epidemik karat batang gandum yang diakibatkan oleh ras Ug99 merebak ke seluruh Afrika lalu masuk ke Asia dan menimbulkan rasa bimbang yang utama. Justera, lebih kurang 40% daripada tanah pertanian di seluruh dunia dinyahgredkan dengan teruk. Jika arah aliran semasa dalam pemerosotan tanah berterusan di Afrika, benua itu mungkin hanya berupaya menghasilkan makanan untuk 25% daripada penduduknya menjelang 2025, menurut Institut untuk Sumber Semula Jadi yang dikendalikan oleh United Nations University UNU di Ghana, Afrika.

                                     

2. Sejarah

Sejak permulaannya kira-kira 10.000 tahun yang lalu, pertanian telah berkembang pesat daripada segi keluasan dan hasilnya. Pada sepanjang tempoh perluasan itu, teknologi dan tanaman baharu disepadukan. Walaupun amalan pertanian seperti pengairan, penggiliran tanaman, baja, dan racun perosak sudah lama diperkenalkan, namun pencapaian kemajuan yang besar hanya berlaku pada abad yang lalu. Sejarah pertanian memainkan peranan yang utama dalam sejarah manusia kerana kemajuan pertanian merupakan salah satu faktor yang penting dalam perubahan sosioekonomi di seluruh dunia. Tumpuan kekayaan dan pengkhususan ketenteraan yang jarang ditemui dalam budaya pemburu-pemungut umumnya dilihat dalam masyarakat yang mengamalkan pertanian. Demikian juga halnya dengan seni seperti kesusasteraan epik dan seni bina tersergam dan bersejarah, serta juga sistem undang-undang terkanun. Apabila petani mampu menghasilkan makanan yang melebihi keperluan keluarga masing-masing, orang lain di dalam masyarakat mereka dibebaskan untuk mengabdikan hidup mereka dalam projek bukan pemerolehan makanan. Ahli sejarah dan ahli antropologi telah lama berpendapat bahawa pembangunan pertanian memungkinkan peradaban.

                                     

2.1. Sejarah Asal-usul purba

Kawasan Sabit Subur yang terletak di Asia Barat, Mesir, dan India merupakan tapak penyemaian dan penuaian terancang yang terawal terhadap tumbuhan yang dahulunya dipungut dari hutan liar. Perkembangan pertanian yang berasingan berlaku di bahagian utara serta bahagian selatan China, dan di Sahel di Afrika, serta juga di New Guinea dan sebilangan kawasan di benua Amerika. Lapan tanaman yang dikenali sebagai tanaman pengasas Zaman Neolitik ialah: pertamanya gandum emer dan gandum einkorn dan kemudiannya barli tersekam, kacang pea, lentil, vec pahit, kacang kuda, dan flaks.

Menjelang 7000 SM, pertanian skala kecil tiba di Mesir. Sejak sekurang-kurangnya seawal 7000 SM, subbenua India memperlihatkan perladangan gandum dan barli, sebagaimana dibuktikan oleh ekskavasi arkeologi di Mehrgarh, Balochistan. Menjelang 6000 SM, pertanian skala pertengahan berakar umbi di tebing Sungai Nil. Sekitar saat itu, pertanian dibangunkan secara berasingan di Timur Jauh, dengan padi bukan gandum dijadikan tanaman utama. Petani Cina dan Indonesia selanjutnya menjinakkan keladi dan kacang, termasuklah kacang hijau, kacang soya, dan azuki. Untuk melengkapi sumber karbohidrat yang baharu ini, penangkapan ikan berjala yang amat teratur di sungai, tasik, dan pantai lautan memperoleh banyak protein yang diperlukan. Kaedah pertanian dan penangkapan ikan yang baharu ini bersama-sama memulakan ledakan kelahiran manusia yang mengerdilkan semua perkembangan dahulu dan masih berterusan pada hari ini.

Menjelang 5000 SM, Sumeria telah membangunkan teknik pertanian teras yang termasuk penanaman giat skala besar, penanaman tanaman tunggal, dan pengairan terancang, serta juga penggunaan tenaga buruh yang khusus, terutamanya di sepanjang jalan air yang kini dikenali sebagai Shatt al-Arab dari delta Teluk Parsi sehingga kuala Sungai Tigris dengan Sungai Furat. Pembelajinakan aurok dan mouflon liar yang masing-masing menjadi lembu dan biri-biri membawa kepada penggunaan haiwan skala besar sebagai makanan/gentian serta juga sebagai binatang beban. Gembala menyertai petani sebagai pembekal utama dalam masyarakat menetap dan nomad separa. Jagung, ubi kayu, dan ubi garut dijinakkan buat pertama kali di benua Amerika sejauh 5200 SM. Ubi kentang, tomato, lada, labu, dan beberapa jenis kacang, serta juga tembakau, dan berbagai-bagai tanaman yang lain juga dimajukan di Dunia Baharu. Demikian juga halnya dengan peneresan lereng bukit yang curam secara meluas di kebanyakan kawasan Banjaran Gunung Andes di Amerika Selatan. Orang Yunani dan orang Rom memajukan lagi teknik yang dipelopori oleh orang Sumeria tetapi tidak membuat banyak kemajuan yang baharu pada asasnya. Orang Greek selatan bersusah payah mengerjakan tanah mereka yang sangat tidak subur, tetapi berupaya menjadi sebuah masyarakat yang paling berpengaruh buat bertahun-tahun. Orang Rom terkenal kerana menitikberatkan penanaman tanaman untuk perdagangan.



                                     

2.2. Sejarah Zaman Pertengahan

Semasa Zaman Pertengahan, para petani di Afrika Utara, Timur Dekat, dan Eropah mula memanfaatkan teknologi pertanian, termasuklah sistem pengairan berdasarkan prinsip hidraulik dan hidrostatik, serta juga mesin noria kincir air, mesin penaik air, empangan, dan takungan. Kesemua itu, bersama-sama dengan rekaan penggiliran tanaman sistem tiga petak dan bajak sepak, mempertingkat kecekapan pertanian dengan ketara.

                                     

2.3. Sejarah Zaman moden

Selepas 1492, suatu pertukaran sejagat terhadap tanaman tempatan dan baka ternakan berlaku. Tanaman utama yang terlibat dalam pertukaran itu termasuk:

  • tomato, jagung, ubi kentang, ubi kayu, koko, dan tembakau dari Dunia Baharu ke Dunia Lama; dan
  • pelbagai jenis gandum, rempah, kopi, dan tebu dari Dunia Lama ke Dunia Baharu.

Pengeksportan haiwan yang paling penting dari Dunia Lama ke Dunia Baharu ialah kuda dan anjing sudah wujud di benua Amerika pra-Columbus tetapi tidaklah dalam bilangan dan baka yang sesuai untuk mengerjakan ladang. Walaupun biasanya tidak digunakan sebagai haiwan makanan, kuda termasuk keldai dan kuda padi dan anjing pantasnya memainkan peranan pengeluaran di ladang hemisfera Barat.

Ubi kentang kemudian menjadi satu tanaman ruji yang penting di Eropah utara. Sejak jagung dan ubi kayu dibawa masuk ke Afrika oleh orang Portugis pada abad ke-16, kedua-dua tanaman itu telah menggantikan tanaman Afrika yang tradisional sebagai tanaman ruji benua yang paling penting.

Menjelang awal 1800-an, teknik dan alat pertanian, simpanan biji benih, dan kultivar tumbuhan tanaman yang dipilih dan diberikan nama tersendiri kerana ciri hiasan atau kebergunaannya telah diperbaik sehingga hasil daripada setiap unit tanah bertambah berkali-kali, berbanding dengan daya pengeluarannya pada Zaman Pertengahan. Dengan kebangkitan penjenteraan yang pesat pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20, khususnya dalam penggunaan traktor, kerja perladangan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan pada skala yang mustahil sebelumnya. Kemajuan ini telah menyebabkan kecekapan yang membolehkan sesetengah ladang moden di Amerika Syarikat, Argentina, Israel, dan Jerman, serta sebilangan negara yang lain untuk mempertingkat daya pengeluaran hasil bermutu tinggi pada takat tertinggi yang praktikal.

Kaedah Haber-Bosch untuk mensintesis ammonium nitrat merupakan suatu pencapaian yang cemerlang dan membenarkan hasil tanaman untuk mengatasi kekangan yang dahulu. Pertanian pada abad yang lalu telah dicirikan oleh daya pengeluaran tertingkat, penggantian buruh dengan baja tiruan dan racun perosak, pencemaran air, serta subsidi ladang. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat tindak balas yang hebat terhadap kesan persekitaran luaran bagi pertanian konvensional yang telah melahirkan gerakan organik.

Tiga jenis bijirin, iaitu beras, jagung, dan gandum, membekalkan 60% daripada jumlah makanan manusia. Antara 1700 hingga 1980, "keluasan kawasan tanaman di seluruh dunia naik sebanyak 466%", dengan hasilnya bertambah dengan pesat, terutamanya kerana kelainan pembiakbakaan pilihan yang berhasil tinggi, baja, racun perosak, pengairan, dan jentera. Sebagai contoh, pengairan di Colorado timur meningkatkan hasil jagungnya sebanyak 400% hingga 500% dari 1940 hingga 1997.

Bagaimanapun, kebimbangan telah diutarakan tentang kebolehkekalan pertanian intensif. Pertanian intensif telah dikaitkan dengan kemerosotan mutu tanah di India dan Asia, dan terdapat rasa bimbang yang semakin meningkat tentang kesan buruk baja dan racun perosak pada alam sekitar, khususnya kerana jumlah penduduk serta permintaan makanan kian bertambah. Monokultur yang biasanya digunakan dalam pertanian intensif mengakibatkan pertambahan bilangan perosak yang dikawal menerusi racun perosak. Pengurusan perosak sepadu IPM, yang "digalakkan selama berdekad-dekad dan telah mencapai setakat kejayaan" tidak banyak mempengaruhi penggunaan racun perosak kerana dasar menggalakkan penggunaannya, selain daripada fakta bahawa IPM sungguh berpengetahuan-intensif. Walaupun "Revolusi Hijau" meningkatkan hasil padi dengan ketara di Asia, tidak terdapatnya sebarang kenaikan hasil yang dilihat pada 15-20 tahun yang lalu. "Potensi hasil" genetik untuk gandum telah meningkat tetapi potensi hasil untuk padi tidak menunjukkan sebarang kenaikan sejak 1966, dengan potensi hasil untuk jagung "hampir tidak naik pada sepanjang tempoh 35 tahun yang lalu". Rumpai yang tahan racun perosak mengambil masa satu atau dua dekad untuk muncul, dengan serangga mencapai ketahanan terhadap racun perosak dalam tempoh sekitar sedekad.

Ekspedisi pemeriksaan teliti pertanian sejak akhir abad ke-19 telah dilancarkan untuk menemukan spesies dan amalan pertanian yang baharu di merata-rata kawasan di dunia. Dua contoh ekspedisi tersebut yang awal termasuk:

  • Ekspedisi Pemeriksaan Teliti Pertanian Oriental Dorsett-Morse ke China, Jepun, dan Korea antara 1929 - 1931 untuk memungut germplasma kacang soya bagi menyokong peningkatan pertaniannya di Amerika Syarikat.
  • lawatan ke China dan Jepun antara 1916 - 1918 untuk memungut kekeras; dan

Pada 2005, keluaran pertanian China adalah tertinggi di dunia dan terdiri daripada hampir satu perenam daripada seluruh keluaran di dunia, diikuti oleh Kesatuan Eropah, India, dan Amerika Syarikat, menurut Kumpulan Wang Antarabangsa. Ahli ekonomi mendapati bahawa daya pengeluaran di Amerika Syarikat adalah lebih kurang 2.6 kali lebih tinggi daripada daya pengeluarannya pada 1948, berdasarkan ukuran daya pengeluaran faktor keseluruhan pertanian.

Enam buah negara membekalkan 90% daripada eksport gandum di seluruh dunia. Kekurangan air yang dihadapi oleh banyak negara yang sederhana besarnya, termasuk Algeria, Iran, Mesir, dan Mexico, telah mendorong import bijian secara besar-besaran, dengan itu mungkin akan dilakukan juga oleh negara yang lebih besar seperti China dan India.

                                     

3.1. Hasil pertanian Hasil pertanian utama dunia pada 2004

Kategori tanaman yang penting termasuk bijian dan pseudobijian, kekacang, makanan ternakan, serta buah-buahan, dan sayur-sayuran. Tanaman tertentu ditanam di kawasan tumbuh yang berbeza di seluruh dunia.

                                     

3.2. Hasil pertanian Peningkatan tanaman

Antara lain, penjinakan tanaman dilakukan supaya dapat:

  • memperbaik rasa dan nilai pemakanan.
  • meningkatkan ketahanan terhadap penyakit dan kemarau;
  • meningkatkan hasil;
  • memudahkan penuaian; dan

Pemilikan dan pembiakan yang teliti selama berabad-abad telah amat mempengaruhi ciri tumbuhan tanaman. Pembiak tumbuhan menggunakan rumah hijau dan teknik yang lain untuk mendapatkan sehingga tiga generasi tumbuhan setiap tahun supaya mereka dapat membuat pembaikan dengan lebih pantas.

Pemilihan dan pembiakan tumbuhan pada 1920-dan 1930-an memperbaik pastura rumput dan klover di New Zealand. Usaha mutagenesis sinaran yang gigih iaitu kejuruteraan genetik primitif pada 1950-an menghasilkan kelainan bijian komersil moden seperti gandum, jagung, dan barli.

Hasil purata gandum adalah:

  • sehingga 3.5 - 4 t/ha di Mesir dan negeri Arab, dengan pengairan.
  • kurang daripada 1 t/ha di Afrika; dan
  • sekitar 2 t/ha di Amerika Selatan;

Sebagai perbandingan, hasil purata gandum di negara seperti Perancis melebihi 8 t/ha. Perbezaan hasil disebabkan terutamanya oleh perbezaan iklim, genetik, dan penggunaan atau tidak teknik perladangan intensif ≈ 27.215 kg. 1 busyel jagung = 56 paun ≈ 25.401 kg)

Dalam bidang pertanian perindustrian, "perbaikan" tanaman seringnya mengurangkan mutu pemakanan dan mutu yang lain demi memanfaatkan pengeluar. Selepas jentera penuai tomato mekanik dibangunkan pada awal 1960-an, ahli sains pertanian membiak tomato yang lebih keras dan kurang berzat. Friedland dan Barton 1975. Sebenarnya, satu kajian longitud yang utama tentang aras nutrien bagi banyak sayur menunjukkan kemerosotan yang ketara pada 50 tahun yang lalu. Pada hari ini, Vitamin B2 dalam sayur kebun di Amerika Syarikat merosot sebanyak 38% pada puratanya, manakala vitamin C merosot sebanyak 15% Davis dan Riordan 2004.

Baru-baru ini, kejuruteraan genetik telah digunakan di sesetengah kawasan di dunia untuk mempercepat proses pemilihan dan pembiakan. Pengubahsuaian yang paling banyak digunakan ialah gen ketahanan racun perosak yang membenarkan tumbuhan tahan pendedahan glifosat yang digunakan untuk mengawal rumpai. Satu pengubahsuaian yang kurang digunakan kerana lebih berkontroversi menyebabkan tumbuhan menghasilkan toksin bagi mengurangkan kerosakan yang diakibatkan oleh serangga lihat Starlink. Kesan yang sama masih berlaku sehingga hari ini, dengan sebarang perubahan terhad hanya kepada teknologi.

Terdapat pengeluar khusus yang menternakkan atau menanam jenis ternakan dan tanaman yang kurang biasa. Akuakultur, iaitu penternakan ikan, udang, dan alga, amat berkait dengan pertanian. Pemeliharaan lebah yang secara tradisi dilakukan untuk menghasilkan madu lebah kini semakin dipergunakan untuk pendebungaan tanaman.

Lihat juga: Botani, Senarai tumbuhan jinak, Senarai sayur-sayuran, Senarai herba, Senarai buah-buahan


                                     

4. Ternakan

Pengeluaran untuk makanan dan gentian bagi kegunaan dan makanan manusia boleh dilakukan secara "pastoral", "nomad", intensif, atau perindustrian. Secara tradisi, penanaman tanaman untuk makanan haiwan dan ternakan di Barat merupakan aktiviti yang utama di ladang perseorangan/keluarga dan di ladang pelbagai.

                                     

5. Masalah alam sekitar

Pertanian boleh mengakibatkan masalah alam sekitar kerana ia mengubah persekitaran asal dan mengeluarkan produk sampingan yang boleh membahayakan. Contohnya termasuk:

  • Aras nitrogen dan fosforus yang tinggi di dalam sungai dan tasik;
  • Perubahan pelbagai ekosistem menjadi satu ekosistem tanah pertanian;
  • Bahaya racun serangga, rumpai, dan kulat;
  • Keasidan tanah;
  • Pengeluaran udara yang busuk dari bahan buangan pertanian.
  • Hakisan tanah;
  • Kehilangan biokepelbagaian: Penggunaan sebilangan spesies dalam tanaman mengakibatkan pengurangan biojisim yang besar serta juga kehilangan haiwan feral, burung, dan sebagainya;
  • Pengurangan mineral di dalam tanah;
  • Pengeluaran habuk dan gas seperti ammonia, metana, dan karbon dioksida daripada pembakaran dan pembuangan; dan

Pertanian telah dikatakan merupakan penjana kesan negatif yang terbesar terhadap biokepelbagaian di kebanyakkan negara lihat Rancangan Tindakan Biopelbagaian yang terjadi kerana penerokaan hutan dan habitat yang lain apabila tanah baharu dimajukan untuk pertanian. Sesetengah pengkritik memasukkan pertanian sebagai punca perubahan iklim global terkini.

Mengikut Pertubuhan Bangsa Bersatu, sektor penternakan muncul sebagai sebab utama kepada kesan dan masalah alam sekitar, dari skala tempatan hingga ke skala global. Sektor ini menghasilkan 18% daripada "pembebasan gas rumah hijau di seluruh dunia" daripada segi kandungan karbon dioksida. Sektor penternakan juga menyumbangkan 64% daripada penjanaan ammonia yang mengakibatkan hujan asid dan keasidan ekosistem.

                                     

6. Dasar

Dasar pertanian menumpukan "matlamat" dan kaedah pengeluaran pertanian. Pada peringkat dasar, maklamat pertanian yang umum termasuk:

  • Pengurangan kemiskinan.
  • Keselamatan makanan: Memastikan bekalan makanan bebas daripada kontaminasi dan memenuhi keperluan penduduk; dan
  • Mutu makanan: Memastikan bekalan makanan agar memelihara mutu yang tekal dan diketahui.
  • Pemuliharaan;
  • Kestabilan ekonomi;
  • Kesan persekitaran;
                                     

7. Pautan luar

  • www.fao.org/faostat - The FAOSTAT Statistical Databases
  • The National Agricultural Library NAL- The most comprehensive agricultural library in the world.
  • FAO Agriculture Department and its State of Food and Agriculture 2003-2004 with a focus on the impact of biotechnology
  • Laman rasmi Jabatan Pertanian Indonesia
  • www.fao.org/es/ess - The FAO Statistics Division
  • International Institute of Tropical Agriculture IITA
  • UKAgriculture.com - Advance the education of the public in all aspects of agriculture, the countryside and the rural economy
  • www.fao.org - The UN Statistical Databases
  • American Society of Agricultural and Biological Engineers
  • Laman rasmi Jabatan Pertanian Malaysia.
  • www.fao.org - Food and Agriculture Organization of the United Nations World Agricultural Information Centre
  • GM Crops in Agriculture – A summary for non-specialists of the above FAO report by GreenFacts.
  • Agriculture section European Agency for Safety and Health at Work OSHA
  • Agriculture: Demon Engine of Civilization by John Zerzan
  • USDA, Economic Research Service
  • Agriculture Network Information Center
  • Agriculture di Curlie
  • AgrowKnowledge - the National Center for Agriscience and Technology education
  • Food Security and Ag-Biotech News
  • A review about perennial agriculture from the Science Creative Quarterly


                                     
  • Pertanian jitu, juga pertanian tepat atau pertanian persis bahasa Inggeris: precision agriculture merupakan konsep pertanian moden yang membolehkan
  • Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia MARDI Lembaga Pertubuhan Peladang LPP Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA Lembaga Kemajuan
  • Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang terkini adalah Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee. Beliau dibantu oleh 2 Timbalan Menteri, iaitu Ahmad Hamzah dan
  • Pertubuhan Makanan dan Pertanian FAO merupakan sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu yang berusaha menghapuskan kelaparan. FAO merupakan
  • Jepun sesuai untuk penanaman, namun ekonomi pertanian secara besarnya disubsidi dan dilindungi. Pertanian perhutanan dan perikanan menguasai ekonomi
  • semula jadi, pertanian organik menyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah, dan membawa pertanian satu langkah
  • Sungai Petani Jawi: سوڠاي ڤتني singkatan: Sg. Petani atau SP merupakan sebuah bandar yang terbesar di negeri Kedah Darul Aman berbanding Alor Setar.
  • sebagai pusat acara dan aktiviti berdasarkan pertanian Ia juga menjadi tapak bagi pengendalian Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia
  • amalan dan pemahaman pertanian Sains veterinar, tetapi bukan sains haiwan, sering dikecualikan daripada definisi. Ilmu pertanian mencakupi kajian dan
  • Kementerian Persekutuan bagi Pemakanan dan Pertanian Bahasa Jerman: Bundesministerium für Ernährung und Landwirtschaft disingkatkan BMEL, ialah sebuah