Back

ⓘ Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan un ..



Kementerian Pendidikan Malaysia
                                     

ⓘ Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Matlamatnya ialah untuk:

  • melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  • memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
  • melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara

Menteri Pendidikan Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, yang kelapan belas merupakan Dato Seri Diraja Mahdzir Khalid dibantu timbalan Menteri, Dato P. Kamalanathan & Senator Datuk Chong Sin Woon, Menteri Pendidikan Malaysia berganti lagi kepada Dr. Maszlee Malik dan kemudiannya barulah Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

                                     

1. Pendidikan wajib

Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.

Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5.000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

                                     

2.1. Halatuju pendidikan Perundangan pendidikan

  • 1971: Akta Universiti dan Kolej Universiti
  • 1963: Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 disemak - 1971
  • 1974: Akta Politeknik Ungku Omar
  • 1957: The Education Ordinance, 1957
  • 1980: Akta Majlis Peperiksaan Malaysia
  • 1961: Akta Pelajaran, 1961
                                     

2.2. Halatuju pendidikan Laporan-laporan penting

  • 1967: Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
  • 1991: Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan
  • 1960: Laporan Jawatankuasa Kajian Semula Pelajaran, 1960 Penyata Rahman Talib
  • 1973: Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat Laporan Keciciran
  • 1956: Laporan Jawatankuasa Pelajaran, 1956 Penyata Razak
  • 1979: Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Penyata Mahathir
                                     

2.3. Halatuju pendidikan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan

  • 1970: Bahasa pengantar Darjah 1
  • 1981: Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
  • 1982: Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
  • 1957: Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
  • 1979: Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
  • 1976: Bahasa pengantar Tingkatan 1
  • 1983: Bahasa pengantar semua kursus di universiti
  • 1980: Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
  • 1975: Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan
                                     

2.4. Halatuju pendidikan Peperiksaan Sekolah Rendah

  • 2018: PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dimulakan
  • 1988: PDL dimansuhkan
  • 2016: UPSR perubahan dari 5A kepada 6A berlaku dimana subjek bahasa inggeris dipecahkan kepada penulisan dan pemahaman
  • 1973: UDT Ujian Darjah 3 dimulakan
  • 1963: MSSEE dimansuhkan
  • 1982: UDT dimansuhkan
  • 1988: UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah dimulakan
  • 1957: MSSEE Malayan Sec. Sch. Entrance Exam dimulakan
  • 1967: PDL Penilaian Darjah 5 dimulakan
                                     

2.5. Halatuju pendidikan Peperiksaan Sekolah Menengah

  • 1992: Tahun terakhir bagi SRP
  • 1957: LCE Lower Certificate of Education dimulakan
  • 1969: SPVM Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia dimulakan
  • 1960: SRP Sijil Rendah Pelajaran dimulakan
  • 1964: SPPTM dimansuhkan
  • 1983: SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
  • 1968: OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
  • 1964: MCE Malaysian Certificate of Education dimulakan
  • 1964: SPM Sijil Pelajaran Malaysia dimulakan
  • 1987: Sijil SPVM ditukar kepada SPMV
  • 1982: STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan
  • 1961: UK Ujian Kelayakan dimulakan
  • 1993: PMR Penilaian Menengah Rendah dimulakan
  • 1967: SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
  • 1962: SPPTM Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu dimulakan
  • 1976: MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
  • 1991: KHPP Kemahiran Hidup Program Peralihan SRP dimulakan
  • 1987: SPM di seluruh Malaysia dimulakan
  • 1983: LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
  • 1957: OSC Overseas Cambridge Sch Certificate dimulakan
  • 2017: DLP mula dilaksanakan
  • 2003: PPSMI mula dilaksanakan
  • 1957: FMC Federation of Malaya Certificate dimulakan
  • 1957: QT Qualifying Test dimulakan
  • 1964: FMC dimansuhkan
  • 1976: Peperiksaan Bahasa Melayu Julai dimulakan
  • 1982: HSC Higher School Certificate Cambridge dimansuhkan
  • 2012: PPSMI dimansuhkan
  • 2013: PMR dimansuhkan diganti PT3
  • 1993: SPM berdasarkan KBSM Kurikulum Baru Sek. Menengah dimulakan


                                     

2.6. Halatuju pendidikan Kurikulum

  • 1982: KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
  • 1967: Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
  • 1988: Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
  • 1964: General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
  • 1965: Pendidikan Komprehensif dimulakan
  • 1983: KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
  • 2017: Pelaksanaan KSSM dan KSSR semakan
  • 1991: Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
  • 1991: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah
  • 1956: General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
  • 1992: Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah
  • 1989: Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
  • 1989: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
  • 2011: Pelaksanaan KSSR
  • 1989: Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
  • 1973: Pusat Perkembangan Kurikulum PPK ditubuhkan
  • 1989: Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
  • 1988: Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
  • 1993: Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolah rendah. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatif meneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah


                                     

2.7. Halatuju pendidikan Peperiksaan Khas

  • 1984: Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-Kementerian.
  • 1978: Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
  • 1985: Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan
  • 1991: Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas
  • 1985: Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 1984: Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri
  • 1993: Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan dan Pelaksanaan Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluan Pendidikan Khas.
  • 1981: Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikan sebagai Pengerusi dan setiausaha
  • 1985: Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara
  • 1988: Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak dengan Perlakuan Autisme Ringan
  • 1987: Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam
  • 1989: Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara
  • 1964: Penubuhan Unit Pendidikan Khas
  • 1984: Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ditubuhkan
  • 1987: Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
                                     

3. Kementerian Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi Tulisan Jawi: كمنترين ڤڠاجين تيڠڬي ialah suatu kementerian Malaysia yang wujud antara 27 Mac 2004 dan 14 Mei 2013. Ia wujud hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia Abdullah bin Ahmad Badawi dengan membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menteri yang pertama memikul tugas jawatan adalah Datuk Dr. Shafie Mohd Salleh manakala yang terakhir disandang oleh Dato Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada 15 Mei 2013, kementerian ini telah digabungkan semula dengan Kementerian Pelajaran menjadi "Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia" atau ringkasnya "Kementerian Pelajaran Malaysia" sahaja. Kemudian, nama Kementerian Pendidikan Malaysia diguna pakai semula sebagai pengembalian kepada portfolio asal kementerian yang menggabungkan pengurusan pendidikan sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi.

Berikutan rombakan Kabinet Persekutuan pada 28 Julai 2015 menerusi satu sidang media khas oleh YAB Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Tinggi KPT diwujudkan semula dengan rasminya bersesuaian dengan peruntukan Akta yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Kementerian ini terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT JPIPT dan Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti. JPIPT pula terdiri dari dua sektor pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN,Yayasan TAR dan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTA iaitu:

  • Universiti Teknologi MARA UiTM
  • Universiti Malaysia Sabah UMS
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM
  • Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS
  • Universiti Malaysia Pahang UMP
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia UPNM
  • Universiti Sains Malaysia USM
  • Universiti Malaya UM
  • Universiti Malaysia Terengganu UMT
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka UTeM
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM
  • Universiti Malaysia Kelantan UMK
  • Universiti Putra Malaysia UPM
  • Universiti Sains Islam Malaysia USIM
  • Universiti Darul Iman Malaysia UDM
  • Universiti Malaysia Perlis UniMAP
  • Universiti Kebangsaan Malaysia UKM
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI
  • Universiti Utara Malaysia UUM
  • Universiti Teknologi Malaysia UTM
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →