Back

ⓘ Pakaian akademik ialah pakaian tradisional yang dipakai khususnya dalam latar akademik. Pada masa kini, pakaian ini hanya kerap dipakai di majlis konvokesyen. N ..



Pakaian akademik
                                     

ⓘ Pakaian akademik

Pakaian akademik ialah pakaian tradisional yang dipakai khususnya dalam latar akademik. Pada masa kini, pakaian ini hanya kerap dipakai di majlis konvokesyen. Namun begitu, pada zaman silam pakaian ini dipakai dalam aktiviti akademik seahrian.

Pakaian akademik di kebanyakan universiti di negara-negara Komanwel berasal daripada rekabentuk pakaian akademi universiti-universiti Oxford dan Cambridge yang merupakan pusat perkembangan pakaian akademik dan keagamaan yang biasa ditemui di universiti zaman pertengahan di Eropah. Di Amerika Syarikat pula, pakaian akademik telah dipengaruhi oleh pakaian akademik tanah besar Eropah. Pakaian akademik juga dipakai oleh ahli-ahli masyarakat berpelajaran dan institusi tertentu sebagai pakaian rasmi.

Pakaian akademik pada masa kini lazimnya terdiri daripada sehelai jubah atau gaun yang disertakan tudung hood, yang biasanya diasingkan dan tidak dijahit kepada jubah, serta topi sama ada topi segi empat siswazah mortarboard atau Tudor bonnet, tidak semestinya dirangkum dalam pakaian). Adalah kebiasaan untuk memakai pakaian formal di sebalik pakaian akademik. Maka, sebagai contoh, lelaki biasanya memakai sut berwarna gelap dengan kemeja dan tali leher putih, pakaian seragam tentera atau pakaian kebangsaan, manakala wanita memakai pakaian yang bersamaan dengan pakaian lelaki tersebut.

                                     

1. Pautan luar

  • History of Graduation Gowns, Academic Regalia and Dress
  • The Burgon Society Memupuk minat terhadap pakaian akademik dan melakukan kajian rasmi negenainya
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →