Back

ⓘ Hari Alam Sekitar atau dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972. Setiap tahun, hari ini diadakan di bandar yang berlainan dan disambut dengan eksp ..



                                               

Kejohanan Futsal AFF 2001

Kejohanan Futsal AFF 2001 merupakan edisi sulung Kejohanan Futsal AFF, ia akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 7 Jun hingga 9 Jun 2001. Lima pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Sejak dari mula perlawanan, Thailand kelihatan baik untuk merangkul gelaran.

Hari Alam Sekitar
                                     

ⓘ Hari Alam Sekitar

Hari Alam Sekitar atau) dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972. Setiap tahun, hari ini diadakan di bandar yang berlainan dan disambut dengan eksposisi antarabangsa pada minggu 5 Jun. Program Persekitaran PBB, juga ditubuhkan pada 1972, menggunakan HAS untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam.

                                     

1. HAS 2007

Tajuk Hari Alam Sekitar 2007 ialah "Ais yang mencair - topik hangat?" Melting Ice – a Hot Topic?. Semasa Hari Kutub Antarabangsa, HAS 2007 menumpu pada kesan-kesan perubahan iklim pada ekosistem dan komuniti kutub, pada kawasan lain yang juga dilitupi ais dan salji, dan kesannya kepada dunia.

Sambutan antarabangsa utama diadakan di bandar Tromso, Norway, sebuah bandar di utara Garisan Artik yang menggelar dirinya "Pintu Masuk ke Artik" The Gateway to the Arctic.

                                     

2. HAS 2006

Tema untuk WED 2006 ialah "Gurun dan Penggurunan" Desert and Desertification. Slogan untuk HAS 2006 ialah "Jangan menggurunkan tanah kering" Dont desert drylands.

Slogan ini menitikberatkan kepentingan melindungi tanah kering, yang melitupi lebih daripada 40% permukaan bumi. Ekosistem ini merupakan tempat tinggal satu pertiga manusia di dunia ini yang merupakan ahli yang terdedah kepada sistem pengurunan. Sambutan utama diadakan di Algeria.

                                     

3. WED 2005

Daripada laman web rasmi:

Kini, kebanyakan manusia di dunia ini tinggal di bandar. Untuk menghargai saat bersejarah ini, Datuk Bandar Gavin Newsom telah menjemput datuk-datuk bandar dari seluruh dunia ke San Francisco untuk Hari Alam Sekitar PBB untuk mara bersama ke arah masa depan bandar dapat dikekalkan. Para datuk bandar sedang bergabung sebagai ejen-ejen perubahan yang paling berkuasa dan boleh diselaras. Mereka mampu menangani isu-isu alam sekitar dengan cepat dan secara unik bertanggung jawab kepada penduduk mereka. Kuasa pembelian mereka yang besar membentuk pasaran dan menjadikan persekitaran boleh dikekalkan satu daripada pertimbangan pengilangan. Mereka menangani isu persekitaran sejagat yang paling mencabar dan penyelesaian visi mereka memberikan inspirasi dan sebagai model kepada kesemua sektor masyarakat.
                                     

4. Tema terdahulu

  • 1974 - Cuma Satu Bumi
  • 1976 - Air: Sumber Penting untuk Kehidupan
  • 1989 - Pemanasan Sejagat; Pemanasan Sejagat
  • 1975 - Petempatan Manusia
  • 1979 - Cuma Satu Masa Depan untuk Anak Kita - Pembangunan Tanpa Pemusnahan
  • 1977 - Kebimbangan Persekitaran Lapisan Ozon; Kehilangan Daratan dan Penyahgredan Tanah
  • 1992 - Hanya Satu Bumi, Pelihara dan Kongsi
  • 1982 - Sepuluh Tahun Selepas Stockholm Pembaharuan Kebimbangan Persekitaran
  • 2003 – Air – Dua Bilion Orang sedang Mati untuknya!
  • 1997 - Untuk Hidupan di Bumi
  • 1991 - Perubahan Iklim. Keperluan Perkongsian Sejagat
  • 2000 - Milenium Alam Sekitar - Masa untuk Bertindak
  • 1999 - Bumi Kita - Masa Depan Kita - Terus Selamatkannya!
  • 1998 - Untuk Hidupan di Bumi - Selamatkan Laut Kita
  • 1980 - Cabaran Baru untuk Dekad Baru: Pembangunan Tanpa Pemusnahan
  • 2006 - Gurun dan Penggurunan
  • 1978 - Pembangunan Tanpa Pemusnahan
  • 1994 - Satu Bumi Satu Keluarga
  • 2004 – Dikehendaki! Laut dan Lautan – Mati atau Hidup?
  • 1984 - Penggurunan Desertification
  • 1981 - Air Tanah; Bahan Kimia Toksik dalam Rantai Makanan Manusia
  • 1995 - Kita Manusia: Bersatu untuk Persekitaran Sejagat
  • 1993 - Kemiskinan dan Alam Sekitar - Memutuskan Kitaran Kejam
  • 1988 - Apabila Manusia Mementingkan Persekitaran, Pembangunan akan Berkekalan
  • 1986 - Pokok Untuk Kedamaian
  • 1990 - Kanak-Kanak dan Alam Sekitar
  • 2002 - Bagi Bumi Satu Peluang
  • 1983 - Mengurus dan Melupuskan Buangan Merbahaya: Hujan Asid dan Tenaga
  • 1996 - Bumi Kita, Habitat Kita, Rumah Kita
  • 1987 - Persekitaran dan Tempat Berlindung: Lebih Dari Sekadar Atap
  • 2001 - Berhubung dengan World Wide Web Kehidupan
  • 1985 - Pemuda: Populasi dan Persekitaran
  • 2005 – Bandar Hijau – Merancang untuk Planet ini!


                                     

5. Pautan luar

  • UNEP, About World Environment Day 2007
  • UNEP, World Environment Day 2006
  • UNEP, About World Environment Day 2005
  • Previous themes of World Environment Day
  • News & Events - UN Days, Weeks and Years
  • World Environment Day 2005 host city site
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →