Back

ⓘ Hemisfera utara merupakan sebahagian permukaan planet yang berada di utara garisan pembahagian bumi. Hemisfera utara merupakan kawasan Bumi paling ramai diduduk ..



Hemisfera Utara
                                     

ⓘ Hemisfera Utara

Hemisfera utara merupakan sebahagian permukaan planet yang berada di utara garisan pembahagian bumi. Hemisfera utara merupakan kawasan Bumi paling ramai diduduki oleh manusia dengan anggaran seramai 90%.

Di kawasan sederhana dihemisfera ini, musim sejuk bermula dari Disember hingga Februari walaupun musim sejuk boleh bermula seawal dari September dan berakhir ke dalam bulan Mei atau Jun kawasan artik dan musim panas bermula dari Jun hingga Ogos.

Kepantasan pergerakan orbit bumi berlaku ketika di bulan Januari. Apabila ini berlaku, teori menyatakan bahawa musim sejuk di hemisfera utara akan jadi pendek dan kurang daripada musim sejuk di sebelah hemisfera selatan. Secara fizikal, kesan yang sederhana berlaku di hemisfera selatan, di mana lautannya mengalami kesan perubahan, manakala kawasan khatulistiwa atau tropikal akan mengalami musim hujan semasa musim panas berlaku, dan mengalami musim kering atau kemarau semasa musim sejuk berlaku.

Dalam beberapa hari ketika musim panas di rantau utara lingkaran Artik, ia akan mengalami peristiwa dimana matahari tidak akan terbenam, dan peristiwa sebaliknya akan berlaku, di mana matahari tidak akan terbit untuk beberapa hari ketika musim sejuk. Tempoh perbezaan ini bermula dari satu hari di suatu tempat di lingkaran Artik hingga beberapa bulan di tempat berhampiran Kutub Utara.

                                     

1. Lingkungan benua dan negara

  • Kira-kira dua pertiga dari benua Afrika, dan utara sungai Congo
  • Eropah seluruhnya.
  • Amerika Utara dan Amerika Tengah
  • Sebahagian kecil Amerika Selatan, dan utara sungai Amazon
  • Asia sebahagian besar Indonesia berada di Hemisfera selatan
                                     

1.1. Lingkungan benua dan negara Asia

Negara-negara yang berada di hemisfera utara di bahagian tenggara benua:

  • Palau
  • Micronesia
  • Kepulauan Marshall
                                     

1.2. Lingkungan benua dan negara Amerika

Negara-negara dan wilayah, sepenuhnya atau hampir sepenuhnya atau sebahagian di hemisfera utara di benua Amerika Selatan:

Sepenuhnya

  • Venezuela
  • Guyana
  • Surinam
  • Guiana Perancis

Hampir sepenuhnya

  • Colombia

Sebahagian

  • Ecuador
  • Brazil

Negara-negara dan wilayah, sepenuhnya atau hampir sepenuhnya atau sebahagian di hemisfera utara di benua Amerika Utara dan Amerika Tengah: Sepenuhnya

Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →