Back

ⓘ Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan aktiv ..



Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
                                     

ⓘ Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia.

                                     

1. Sejarah

JKKN bermula sebagai Bahagian Kebudayaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat pada tahun 1953. Kemudian pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan diletakkan di Kementerian Penerangan. Seterusnya, pada tahun 1972 Bahagian Kebudayaan dipindah ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Tahun 1987 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Tahun 1992 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

Tahun 2004 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan KEKKWA

22 Mac 2005 Di naik taraf kepada JKKN Waran bil. S20 Tahun 2005

1 Feb 2007 Pewujudan bahagian baru iaitu bahagian perancangan, penyelidikan dan pembangunan waran bil.S40 tahun 2007

18 Mac 2008 JKKN sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan KPKKW

April 2009 JKKN bernaung di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan KPKK.

Mulai 15 Mei 2013, JKKN menjadi satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

                                     

2. Visi dan misi

Melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya berteraskan gagasan 1Malaysia.

  • Mempergiatkan usaha mengekal dan memulihara seni budaya.
  • Mengembangkan kebudayaan dan kesenian melalui usaha memupuk, membimbing, merakyat dan menyemarakkan seni budaya.
  • Menggalak dan meluaskan promosi seni budaya.
                                     

3. Pengurusan tertinggi

Ketua Pengarah: YBhg Tan Sri Norliza bt. Rofli

Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Perancangan: YBrs En. Mohamad Razy b. Mohamad Nor

Timbalan Ketua Pengarah Kebudayaan dan Kesenian: YBhg. Dato Mod Zaky b.Hj. Din

Pengarah Kanan Kebudayaan dan Kesenian: En Rosli b. Osman

Pengarah Kanan Dasar dan Perancangan: En. Salehhuddin b. Md. Salleh

                                     

4. JKKN Negeri

Terdapat 14 pejabat JKKN di setiap negeri di Malaysia bermula dari Perlis sehinggalah ke Sabah. Kawasan ini juga termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →