Back

ⓘ Istana Budaya ialah teater utama Malaysia untuk persembahan seni dan teater dari dalam dan luar negara termasuk teater muzikal, opereta, opera, seni tari dan ju ..



                                               

Uija dari Baekje

Uija dari Baekje ialah penguasa Baekje yang ke-31 dan terakhir, salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea. Pemerintahannya berakhir ketika Baekje ditaklukkan oleh sekutu saingan kerajaan Silla Korea dan dinasti Tang China.

Istana Budaya
                                     

ⓘ Istana Budaya

Istana Budaya ialah teater utama Malaysia untuk persembahan seni dan teater dari dalam dan luar negara termasuk teater muzikal, opereta, opera, seni tari dan juga persembahan orkestra muzik klasikal dan konsert. Ia ditubuhkan pada September 1999 dan terletak bersebelahan dengan Balai Seni Lukis Negara di Jalan Tun Abdul Razak di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Idea pembinaan teater bertaraf antarabangsa ini bermula dengan cadangan pada tahun 1964 untuk menubuhkan sebuah pusat kebudayaan bagi menggantikan" Panggung Negara”. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999. Sesudah siap dan mula beroperasi, Panggung Negara atau National Theater berpindah ke bangunan baru ini. Pembukaan Istana Budaya dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1999.

                                     

1. Sejarah

Sejarah Istana Budaya bermula pada tahun 1964 apabila cadangan pengwujudan Pusat Kebudayaan Kebangsaan diserahkan oleh Kementerian Penerangan dan Penyiaran serta Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Sosial.

Istana Budaya diilhamkan semasa Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 sebagai wahana seni Malaysia. Pengwujudannya didahului dengan penubuhan Kumpulan Budaya Negara KBN pada tahun 1972 di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada tahun 1973, KBN telah berpindah dari Jalan Ampang ke Kompleks Budaya Negara di Jalan Tun Ismail yang menumpukan kegiatannya secara professional dalam bidang seni tari dan seni muzik tradisional.

Istana Budaya mula dibina pada tahun 1995 dengan kos pembinaan sebanyak RM210 juta yang mempunyai keluasan 5.44 hektar serta keluasan lantai 21.000 meter persegi. Istana Budaya boleh dibanggakan sebagai sebuah panggung yang pertama di Asia yang mempunyai mekanisme pentas yang tercanggih untuk pementasan teater.

Rekabentuk bangunan ini adalah bercirikan kebudayaan Melayu. Istana Budaya terletak berhampiran Tasik Titiwangsa di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pembinaannya telah siap pada tahun 1998.Pembukaan Istana Budaya dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1999. Kabinet telah memutuskan pemansuhan penggunaan nama Panggung Negara kepada ISTANA BUDAYA secara rasmi pada tahun 2000.

                                     

2. Objektif

Penubuhan Istana Budaya bertujuan untuk menaikkan taraf seni pentas, membangunkan kecemerlangan artistik dalam seni teater, menghasilkan persembahan-persembahan teater berkualiti tinggi dan juga untuk menaikkan minat dan penghargaan orang ramai terhadap seni artistik.

                                     

3. Fungsi

  • Meningkatkan kuantiti persembahan yang cemerlang dan unggul di Malaysia.
  • Merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan melalui teknologi komunikasi bagi meningkatkan khalayak.
  • Merancang dan melaksanakan persembahan berkualiti dalam bidang teater, tari dan muzik di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • Menyediakan khidmat nasihat dan meningkatkan kepakaran seni persembahan pentas.
                                     

4. Seni bina

Keunikan senibina Istana Budaya bersandarkan konsep beberapa aspek kebudayaan Melayu. Dilihat dari atas, bangunan Istana Budaya berbentuk seperti wau bulan Kelantan. Bentuk bangunan pula seperti sirih junjung – lambang pemula upacara yang sering digunakan didalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara menyambut tetamu.

Bangunan berkonsepkan bentuk rumah Melayu dengan tiga bahagian utama – serambi untuk lobi, rumah ibu untuk Panggung Sari, serta rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan. Tangga untuk ke Panggung Sari berkonsepkan tangga tradisional rumah Melayu Melaka.

Bangunan ini direka oleh Muhammad Kamar Yaakub, seorang arkitek tempatan. Sumber inspirasi untuk reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan kepada layang-layang tradisional wau bulan yang sedang terbang. Bahagian rekabentuk bangunan utama pula diambil dari bentuk junjung sirih, satu corak susunan tradisional atau hadiah yang dibuat dari daun sirih yang digunakan untuk upacara sambutan atau perkahwinan orang Melayu.

Sepertimana reka dalaman rumah tradisional Melayu, bahagian dalam bangunan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu "serambi" sebagai lobi dan ruang legar, "rumah ibu" atau ruang utama sebagai auditorium, dan "dapur" sebagai pentas dan dewan raptai.

Rekaan dalaman bangunaan ini dibina menggunakan sumber-sumber tempatan seperti marmar dari Langkawi dan kayu tropika berkualiti tinggi untuk pintu-pintu yang diukir dengan tangan untuk membentuk corak bunga dan daun. Hamparan yang menghiasi lantai lobi pula bercorakkan bunga cempaka yang sedang mekar dan pokok beringin. Gambaran ini diambil berdasarkan pementasan tradisional Melayu, Mak Yong dan wayang kulit.

Dewan teater yang dipanggil "Panggung Seri" mempunyai kotak tempat duduk khas yang direka khas menyerupai tingkap rumah tradisional melayu. Dewan ini boleh menempatkan seramai 1.412 orang pada satu-satu masa. Teater ini merupakan teater pertama di Asia yang dilengkapi dengan peralatan–peralatan canggih dan terkini. Istana Budaya juga dikelaskan di antara sepuluh teater tercanggih di dunia, dan tarafnya diletakkan bersamaan dengan Royal Albert Hall di London.

"Lambang Sari" merupakan panggung yang saiznya lebih kecil berbanding dengan Panggung Sari. Ia terletak di sebelah kanan Panggung Sari. Panggung ini sesuai untuk persembahan produksi-produksi kecil dengan kapasiti 281 orang penonton pada satu-satu masa. Pentasnya adalah berbentuk arena dengan keluasan lantai 500 meter persegi.



                                     

5. Persembahan opera

Sehingga kini mahupun tidak kerap, Istana Budaya telahpun mementaskan beberapa opera-opera terkenal dunia yang ditulis oleh penggubah-penggubah lagenda, antaranya opera The Merry Widow, Tosca, La bohème, Turandot, Carmen dan banyak lagi diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan dan korus.

Teater muzikal Puteri Gunung Ledang pernah dipentaskan di Istana Budaya.

Datuk Siti Nurhaliza yang lebih terkenal sebagai puteri pop Malaysia pernah mengadakan konsertnya di sini.

                                     

6. Pautan luar

  • Laman" All about Malaysia” - Istana Budaya
  • Sejarah Istana Budaya
  • Tersenarai sebagai salah satu teater terbaik dunia
  • Dewan Philharmonik dan orkestra
  • Laman rasmi Istana Budaya
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →