Back

ⓘ Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Allah, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan ..



                                               

Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap rakyat beragama Islam yang menyentuh isu-isu agama dan keluarga. Setiap negeri mempunyai mahkamah syariahnya yang tersendiri dan mahkamah yang tertinggi ialah Mahkamah Rayuan Syariah.

Agama
                                     

ⓘ Agama

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Allah, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohesif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.

Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:

  • Sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.
  • Perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
  • Benda-benda material yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.
  • Pernyataan seperti jampi,mantera dan kalimat suci.

Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk. sila lihat dibawah

Manusia yang tidak mempercayai adanya tuhan dan menol

ak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateism

                                     

1. Peristilahan dan pentakrifan

Kata agama menyerap kata bahasa Sanskrit āgama आगम yang bererti "tradisi", ia pada dasarnya datang dari kata kerja dasar गम gāma bermaksud "pergi" to go dan आ ā- "menuju" toward lalu merujuk kepada "karya suci" "yang diturunkan" that which has come down.

Kamus Besar Bahasa Indonesia mentakrifkan "agama" adalah "sistem yang mengatur tata keimanan kepercayaan dan peribadatan kepada Tuhan Yang Mahakuasa serta tata kaidah yang berhubungan dengan pergaulan manusia dan manusia serta lingkungannya". Kamus Dewan pula mentakrifkan "agama" sebagai "kepercayaan pada Tuhan", "sifat-sifat serta kekuasaan"-Nya serta "penerimaan ajaran dan perintah-Nya".

                                     

2. Jenis agama

Agama boleh dibahagi kepada beberapa jenis menurut kategori tertentu. Orang ramai biasanya menjeniskan agama kepada agama yang sahih dan agama sesat. Penjenisan mudah ini adalah subjektif, malah boleh mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Dengan itu, agama haruslah dijeniskan berdasarkan kategori yang zahir.

                                     

2.1. Jenis agama Dari segi penyebaran

Dari segi penyebarannya,sesuatu agama boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu:

  • Agama Sejagat merupakan agama-agama yang "besar" dan mempunyai minat untuk menyebarkan ajaran untuk keseluruhan umat Manusia. Sasaran agama jenis ini adalah kesemua manusia tanpa mengira kaum dan bangsa. Contohnya: agama Islam, Kristian dan Buddha.
  • Agama Rakyat merupakan agama yang kecil dan tidak mempunyai sifat dakwah seperti agama sejagat. Amalannya hanya terhad kepada bangsa tertentu. Contohnya: Agama Rakyat China/Taoisme dan agama Sikh.
                                     

2.2. Jenis agama Dari segi sumber rujukan

Semua agama menganggap ajarannya kudus. Kekudusan itu berpunca daripada satu sumber yang kudus juga. Dari segi sumber, agama-agama di dunia boleh dibahagi kepada dua jenis:

  • Agama Bersumberkan wahyu. Merujukkan agama yang menuntut dirinya sebagai agama yang diturunkan daripada Tuhan sendiri. Penurunan ini biasanya melalui seorang Rasul. Daripada itu, agama yang berkenaan menganggap ajarannya adalah kebenaran yang muktamad. Contohnya: agama Yahudi, Kristian dan Islam.
  • Agama Budaya. merujuk kepada agama yang tidak menuntut kepada sumber wahyu. Agama ini mengabsahkan dirinya dengan merujuk kepada pelbagai sumber seperti pembuktian, adat, falsafah dan sebagainya. Contohnya: agama Buddha dan Hindu.
                                     

2.3. Jenis agama Dari segi tanggapan ketuhanan

Agama-agama yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza mengenai Tuhan. Perbezaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan sifat Tuhan. Secara amnya, agama menurut penjenisan ini dapat dibahagi kepada 2 jenis.

  • Agama Monoteisme merupakan agama yang menganggap Tuhan hanya satu, yakni mendukung konsep kewahidan Tuhan. Contohnya, agama Islam.
  • Agama Politeisme merupakan agama yang menganggap bahawa Tuhan wujud secara berbilangan, yakni ada banyak Tuhan atau Tuhan boleh berpecah kepada banyak bentuk. Contohnya, agama Hindu, Agama Rakyat China.
                                     

3. Fungsi Agama Kepada Manusia

Dari segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh fungsinya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk pelindung kebahagiaan hidup. Tetapi dari segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti apa yang dihuraikan di bawah:

  • Memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia. Agama dikatankan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia sentiasanya memberi penerangan mengenai duniasebagai satu keseluruhan, dan juga kedudukan manusia di dalam dunia. Penerangan bagi pekara ini sebenarnya sukar dicapai melalui inderia manusia, melainkan sedikit penerangan daripada falsafah. Contohnya, agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa dunia adalah ciptaan Allahs.w.t dan setiap manusia harus menaati Allahs.w.t.
  • Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia. Sesetangah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk menjawabnya adalah perlu. Maka, agama itulah digunakan untuk menjawab soalan-soalan ini.
  • Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia. Agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama.
  • Bertugas sebagai kawalan rakyat. Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya. Maka ini dikatakan bahawa agama bertugas sebagai kawalan rakyat.


                                     

4. Senarai agama

  • Duruzi
  • Islam
  • Sunni
  • khawarij
  • Qadariyah
    • Quranisme
    • Ahmadiyyah
    • Murjiah
    • Muktazilah
    • kesufian
    • Syahadatain
    • shiah
    • Jabariyah
    • Gereja England
    • Gereja Ireland
    • Gereja Wilayah Lautan Hindi
    • Kristian
    • Hong Kong Sheng Kung Hui
    • Gereja Anglikan Korea
    • Gereja Katolik Anglikan
    • Gereja Episkopal Anglikan Brazil
    • Gereja Anglikan Selatan Afrika
    • Gereja Anglikan Jepun
    • Gereja Anglikan Amerika Tengah
    • Gereja Uganda
    • Gereja Anglikan Kanada
    • Gereja Anglikan Kenya
    • Gereja Wilayah Myanmar
    • Gereja Bebas Filipina
    • Gereja Episkopal "Reformed" Sepanyol
    • Gereja Anglikan Burundi
    • Gereja di Wilayah Hindia Barat
    • Gereja Anglikan di Aotearoa, New Zealand dan Polynesia
    • Gereja Wilayah Afrika Tengah
    • Gereja Wales
    • Gereja Anglikan di Amerika Utara
    • Gereja Nigeria
    • Gereja Episkopal di Baitul Maqdis dan Timur Tengah
    • Gereja Episkopal Scottish
    • Gereja Anglikan Australia
    • Gereja Episkopal Sudan
    • Gereja Episkopal Kristian
    • Gereja Ceylon
    • Kommunion Anglikan
    • Gereja Anglikan Rwanda
    • Gereja Anglikan Bermuda
    • Gereja Anglikan Tanzania
    • Gereja Wilayah Melanesia
    • Gereja Anglikan Kon Selatan Amerika
    • Gereja Wilayah Asia Tenggara
    • Gereja Anglikan Papua New Guinea
    • Gereja Episkopal Cuba
    • Gereja Wilayah Afrika Barat
    • Gereja Anglikan Ortodoks
    • Gereja Anglikan Mexico
    • Gereja Anglikan Kongo
    • Gereja Evangelikal Apostolik Katolik Lusitania
    • Gereja Episkopal Amerika Syarikat
    • Perikatan Anglikan Kanada
    • Misi-Misi Anglikan di Amerika


                                     

4.1. Senarai agama Katolik

  • Gereja Apostolik Baru
  • Aliran Armenia
  • Gereja Roman Katolik
  • Aliran Syria
  • Aliran Slovak
  • Aliran Yunani
  • Aliran Bulgaria
  • Ordinari Untuk Pengikut Pelbagai Gereja-Gereja Katolik Timur
  • Aliran Croatia
  • Aliran Latin
  • Aliran Kaldani
  • Aliran Albania
  • Aliran Melkite
  • Aliran Ukraine
  • Aliran Marouni
  • Aliran Romania
  • Gereja Katolik Kebangsaan Poland
  • Katolik Lama
  • Gereja Katolik Liberal
  • Katolik Liberal
                                     

4.2. Senarai agama Kristian Bebas

  • Kristian Zionis Afrika
  • Gereja Kristian Zion
  • Persatuan Perhimpunan-Perhimpunan Al Masih
  • Kesatuan Perhimpunan-Perhimpunan Nasrani Bani Israel
  • Kesatuan Perhimpunan-Perhimpunan Yahudi Pengikut Al Masih
  • Persatuan Saksi-Saksi Jesus Al Masih Sedunia
  • Persekutuan Antarabangsa Yahudi Pengikut Al Masih
  • Pakatan Yahudi Pengikut Al Masih Bersatu
  • Ministri Kalam Al Masih
  • Perhimpunan Yahudi Pengikut Al Masih Beth Shalom
  • Yahudi Pengikut Al Masih
  • Ministri Bangsa Pilihan Tuhan
                                     

4.3. Senarai agama Kristian Ortodoks

  • Mother See di Holy Etchmiadzin
  • Holy See di Cilicia
  • Gereja Apostolik Armenia
  • Gereja Ortodoks Yunani di Baitul Maqdis
  • Gereja Ortodoks Arab
  • Gereja Ortodoks Afrika
  • Gereja Ortodoks Yunani di Antioch
  • Gereja Ortodoks Abkhazia
  • Gereja Katolik Ortodoks Amerika
  • Gereja Kuno Timur
  • Gereja Ortodoks Yunani
  • Gereja Ortodoks Yunani di Iskandariyah
  • Gereja Assyria Kuno Timur
  • Gereja Yunani
  • Patriarchate Ekumenikal Yunani Instanbul
  • Gereja Cyprus
                                     

4.4. Senarai agama Protestan

  • Christadelphian Ecclesias
  • Adelphi
  • Gereja Tuhan Hari Ketujuh
  • Persidangan Umum Gereja Adventis Hari Ketujuh
  • Gereja Janji Adventis
  • Gereja Reform Adventis Hari Ketujuh
  • Adventis
  • Gereja Adventis Hari Ketujuh
  • Kalvinisme/Presbiterian
  • Baptis
  • Gereja Reform Perancis
  • Gereja Scotland
                                     

4.5. Senarai agama Skismatik

  • Mormonisme
  • Gereja Jesus Christ Orang Suci Akhir Zaman
  • Saksi Jehovah
  • Luteranisme
  • Methodisme
  • Anglikanisme
  • Masehi Adven Hari Ketujuh
  • Kalvinisme
  • Presbyterianisme
  • Baptis
  • Yahudi
  • Buddha
  • Buddha Mahayana
  • Buddha Theravada
  • Agama Baháí
  • Sikhisme
  • Hindu
  • Ayyavali
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →