Back

ⓘ Pendidikan dalam bahasa ibunda telah menjadi perdebatan oleh pelbagai pihak. Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa seseorang kanak-kanak mampu memahami dan b ..



                                     

ⓘ Pendidikan dalam bahasa ibunda

Pendidikan dalam bahasa ibunda telah menjadi perdebatan oleh pelbagai pihak. Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa seseorang kanak-kanak mampu memahami dan belajar dengan lebih baik dalam bahasa ibunda mereka. Bagaimanapun halangan politik dan ekonomi amat besar dan mungkin memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak tersebut.

Kajian yang memakan masa bertahun-tahun, oleh UNESCO, menunjukkan kanak-kanak yang mula belajar dalam bahasa inbunda mampu bermula lebih baik, dan berterusan belajar lebih baik, berbanding mereka yang belajar dengan bahasa baru. Keadaan yang sama bagi mereka yang dewasa yang cuba belajar membaca. Rumusan ini telah mulai diterima ramai, tetapi masih banyak kerajaan di seluruh dunia yang masih berkeras memaksa bahasa asing dalam pengajaran anak-anak sebahagiannya disebabakan kesilapan cubaan kearah modenisasi.

Seringkali pengalaman kanak-kanak yang dihumban dalam persekitaran asing, tanpa bantuan keluarga, dan dipaksa memahasi bahasa asing untuk membaca dan pengajian yang mencabar lain. Pengalaman menakutkan dan kekeliruan bukanlah satu persekitaran yang baik bagi seorang kanak-kanak mendapat ilmu. Tambahan lagi pertaruhannya adalah tinggi. Bagi pelajar yang ketinggalan, mereka mungkin dilabelkan sebagai pelajar lembam malah mungkin "cacat pembelajaran" dan ini meningkatkan kemungkinan mereka tercicir dalam bidang pembelajaran. Masa depan mereka turut bergantung kepada prestasi persekolahan mereka pada usia awal.

Semenjak generasi dahulu, penyelidik telah mempersoalkan teori immersion di mana kanak-kanak dikelilingi bahasa tunggal bagi memaksa mereka belajar dalam bahasa tersebut. Psikholinguistik – kajian mengenai perkembangan bahasa dan peranannya dalam perkembangan kognitif - telah memperkukuhkan rasional bagi persekolahan dwi bahasa. Tetapi sains lambat menembusi perbincangan pendapat mengenai bahasa. Salah satu sebabnya adalah kajian bilingualism adalah jurusan yang baru berkembang yang hasil kajiannya masih tidak kemas tentative. Sebagai contoh, penyelidik telah menyingkirkan pendapat bahawa belajar dalam dua bahasa sebagai mengelirukan fikiran kanak-kanak, tetapi masih tidak dapat membuktikan apa yang disyaki ramai: bahawa pembelajaran pelbagai bahasa yang seimbang mampu memberi kelebihan intelektual. Kenji Hakuta, psikhologis dari Universiti Stanford, menjejak sejarah kekeliruan puzzle ini dalam bukunya Mirror of Language: The Debate on Bilingualism.

                                     

1. Pautan luar

  • Bilingual Education: Arguments For and Bogus Arguments Against.
  • English-only immersion debated for schools.
  • Carian Google.
  • The mother-tongue dilemma.
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →