Back

ⓘ Peristiwa Bermakna merupakan pembubaran paksa kor janissari Empayar Uthmaniyah oleh Sultan Mahmud II pada 15 Jun 1826 berikutan suatu pemberontakan dilangsungka ..




Peristiwa Bermakna
                                     

ⓘ Peristiwa Bermakna

Peristiwa Bermakna merupakan pembubaran paksa kor janissari Empayar Uthmaniyah oleh Sultan Mahmud II pada 15 Jun 1826 berikutan suatu pemberontakan dilangsungkan kebanyakan dari 135.000 anggota Janissari menentang pemerintahan baginda.

Setelah pemberontakkan ini dikalahkan, para pemimpinnya dihukum mati, dan ramai anggotanya dibuang negeri atau dipenjara. Kor ini terbubar kemudian dibubarkan dan digantikan dengan pasukan tentera yang lebih moden.

                                     

1. Latar belakang

Sejak awal kurun ke-17, kor Janissari mula melepaskan fungsi mereka sebagai unit tentera elit. Kebanyakan anggota Janissari adalah bukan anggota tentera dan dengan mudah memeras ugut wang daripada negara serta mengawal kerajaan Turki, memburukan lagi keadaan kejatuhan empayar Uthmaniyyah. Sekiranya ada mana-mana sultan cuba untuk memodenkan struktur ketenteraan Uthmaniyah dan mengantikan Janissari akan dibunuh serta merta atau diturunkan dari takhta.

Setelah beberapa lama, pihak kerajaan Uthmaniyah memutuskan bahawa, ia perlu mewujudkan sebuah tentera moden dan membubarkan Janissari yang semakin bertambah menandingi ketenteraan kuasa-kuasa Eropah. Jumlah anggota Janissari telah bertambah dari 20.000 pada tahun 1575, kepada 49.000 1591, dan 135.000 pada tahun 1826.

                                     

2. Pendahagian

Apabila Mahmud II mula menubuhkan pasukan tentera baru dan menggaji para penembak dari Eropah, anggota Janissari telah memberontak dan bertempur di jalan-jalan ibu kota Uthmaniyah, akan tetapi pasukan Sipahi yang lebih besar melawan dan memaksa mereka kembali pulang ke berek-berek tentera. Para sejarahwan Turki mendakwa pasukan yang menentang kor Janissari, sebuah pasukan yang besar dari segi bilangan, dikuasai oleh para penduduk yang membenci Janissari sejak bertahun-tahun.

Sejarahwan mencadangkan bahawa Mahmud II sengaja mengapi-apikan pemberontakan dan memperincikannya sebagai "rampasan kuasa sultan ke atas Janissari". Sultan memaklumkan bahawa baginda menubuhkan pasukan tentera baharu, Sekban-ı Cedit, yang mana telah disusun dan dilatih bersama-sama berdasarkan struktur negara Eropah yang mana pasukan tentera baharu juga akan dikuasai oleh orang Turki. Janissari melihat institusi mereka sebagai penting kepada kelangsungan hidup empayar Uthmaniyah, terutamanya kepada Rumelia, dan dahulunya telah memutuskan tidak akan membenarkan ia dibubarkan. Seperti dijangka, mereka memberontak dan bergerak menuju ke istana sultan. Mahmud II kemudian membawa keluar barangan Nabi dari perbendaharaan, bertujuan untuk menarik penganut Islam untuk berhimpun dan bersatu menentang Janissari. Semasa penentangan ini, berek-berek Janissari telah dibakar oleh tembakan meriam menyebabkan lebih 4.000 anggota Janissary mati, dan ramai lagi yang mati semasa tentangan besar di jalan-jalan Constantinople ibukota empayar Uthmaniyah, dan pusat pasukan Janissari. Anggota yang hidup sama ada melarikan diri atau dipenjara, dan harta benda mereka dirampas oleh sultan. Pada akhir tahun 1826, anggota Janissari yang ditawan, mewakili saki-baki pasukan ini, dihukum mati dengan kepala dipenggal di Kubu Thessaloniki yang kemudian dikenali dengan nama "Menara Darah" kemudian sejak tahun 1912, dikenali sebagai Menara Putih. Kira-kira 100 orang Janissari melarikan diri ke Cistern of Philoxenos di mana ramai daripadanya mati lemas.

                                     

3. Kejadian selepas peristiwa

Para pemimpin Janissari dihukum bunuh dan harta benda mereka telah dirampas oleh Sultan. Anggota-anggota Janissari yang muda dibuang negeri atau dipenjara. Beribu-ribu anggota Janissari terbunuh dan oleh itu menamatkan riwayat pasukan elit ini. Kumpulan Sufi dari Ikatan Persaudaraan Bektasi, sebuah teras institusi Janissari juga dibubarkan, dan para pengikutnya dihukum mati atau dibuang negeri. Sebuah kor moden baru, Asakir-i Mansure-i Muhammediye "Tentera Muhammad Yang Menang" telah ditubuhkan oleh Mahmud II bagi mengawal Sultan dan mengantikan Janissari. Ramai anggota biasa Janissari, terutamanya yang tinggal di wilayah-wilayah luar mula mencetus pemberontakan dan menuntut autonomi. Kristian di kawasan Balkan menjadi musuh akan jiran Muslim mereka dan mula bersatu untuk menentang pasukan tentera Turki yang datang dari Constantinople. Beberapa Janissari terselamat dengan kekal bersembunyi dan bekerja biasa. Berikutan dengan kemusnahan Janissari, Mahmud II dengan serta merta telah memerintahkan periwayat istana, Mehmet Esad Efendi sekitar 1789–1848, untuk merekod versi rasmi kejadian, Üss-i Zafer Asas Kemenangan, yang mana dicetak di Constantinople pada tahun 1828 dan menjadi sumber utama untuk kisah-kisah Uthmaniyah lain pada zaman ini. Peristiwa ini membawa kesan buruk kepada Muslim yang baru memeluk Islam dan masyarakat mereka di Balkan, yang mana kehilangan keistimewaan mereka, oleh kerana pemberontakan yang tercetus di seluruh Rumelia, terutamanya di Bosnia dan Albania.

Mengambil kesempatan kedudukan lemah ketenteraan di empayar Uthmaniyah berikutan peristiwa ini, empayar Rusia memaksa Uthmaniyah untuk menerima Konvensyen Akkerman pada 7 Oktober 1826.



                                     

4. Lihat juga

  • Husein Gradaščević
  • Resid Mehmed Pasha
  • Pemberontakan Serbia Pertama
  • Sanjak of Smederevo
  • Hursid Pasha
  • Halet Efendi
  • Usaha reformasi ketenteraan Uthmaniyyah
  • Selim III
  • Mustafa Reshiti
  • Ali Pasha
  • Mustafa IV
                                     

5. Rujukan

  • Kinross, Patrick 1977 The Ottoman Centuries: The Rise and Fall of the Turkish Empire London: Perennial. ISBN 978-0-688-08093-8
  • Shaw, Stanford J. & Shaw, Ezel Kural 1977. History of the Ottoman Empire and Modern Turkey Vol. II. New York: Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-29166-8
  • Goodwin, Jason 1998. Lords of the Horizons: A History of the Ottoman Empire. New York: H. Holt ISBN 0-8050-4081-1
                                     
  • melepaskan diri mustahil. Ufuk peristiwa sering sekali dikaitkan dengan lohong hitam. Cahaya yang dipancarkan dari dalam ufuk peristiwa tidak akan mencapai pemerhati
  • seseorang dikatakan mempunyai makna makna kepada dirinya sendiri dan kepada orang lain dalam bentuk peristiwa - peristiwa disepanjang hidupnya serta kesudahan
  • Peristiwa Nuzul Al - Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al - Qur an yang pertama kepada Muhammad hingga seterusnya berperingkat - peringkat menjadi lengkap
  • juga menyelami perasaan melalui kejadian tersebut dan peristiwa lain yang membawa berbagai - bagai makna atau pelajaran kepada seseorang dan masyarakatnya
  • dengan nostalgia oleh mereka yang telah mengambil bahagian dalam peristiwa - peristiwa tersebut tetapi telah digunakan secara pejoratif oleh mereka yang
  • dengan naratif atau sejarah, yang menetapkan peristiwa - peristiwa terpilih dalam konteks interpretasi yang bermakna dan tidak memasukkan apa yang penulis lihat
  • circa, Templat: Etymology lazimnya disingkatkan menjadi c. atau ca., bermakna kira - kira lebih kurang apabila merujuk kepada lingkungan tahun. Ia
  • yakni karyanya diterbitkan daripada peristiwa khusus, ataupun metafora, iaitu karaynya boleh mendukung beberapa makna dan bentuk. Pemuisi sudah wujud semenjak
  • telah dipotong tetapi dalam bentuk menyeronng atau rencong. Papan sayung bermakna papan lebihan yang tidak tepat ukurannya. Sayong terkenal dengan perusahaan
  • النزول ialah peristiwa atau persoalan - persoalan yang menyebabkan turunnya satu - satu ayat atau beberapa ayat untuk menerangkan peristiwa dan hukumnya.
  • sesuatu peristiwa yang telah wujud dan mempunyai satu impak positif atau negatif kepada projek berkenaan dengan projek dan seharusnya dianalisis. Makna Isu