Back

ⓘ Prasekolah merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah. Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementer ..



Prasekolah
                                     

ⓘ Prasekolah

Prasekolah merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

  • Lokasi pedalaman/luar bandar/pinggir bandar/bandar.
  • Murid Tahun Satu yang tidak berprasekolah tinggi.
Pihak Kementerian Pelajaran akan menerima laporan yang menunjukkan bahawa terdapat ramai murid Tahun Satu di sesuatu kawasan tidak memasuki mana-mana prasekolah.
  • Tiada operator tadika lain.
Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak atau kurang mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan berkanun lain.
  • Mengambilkira pendaftaran murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya > 15 orang.
  • Kemudahan ubah suai/bina bilik darjah.
Jika sekolah tersebut mempunyai ruang tambahan untuk menempatkan bilik atau bangunan prasekolah.
  • Permintaan masyarakat setempat.
Biasanya masyarakat setempat membuat usul melalui PIBG bagi memohon disediakan prasekolah di kawasan mereka.

Kriteria Pemilihan Murid

  • Setiap kelas 25 orang murid.
  • Berumur 5 dan 5+ tahun.
  • Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga.
  • Warganegara Malaysia.
Hal ini bergantung pada sesuatu kawasan. Terdapat prasekolah yang menerima kanak-kanak dari golongan berada setelah tawaran kepada umum ditutup dan masih ada kekosongan lagi bagi kelas tersebut. Pihak sekolah akan cuba memenuhi peruntukan untuk 25 orang kanak-kanak bagi setiap kelas. Apabila berlaku kekosongan, pihak sekolah akan memilih kanak-kanak berumur 5 tahun dari kalangan berpendapatan rendah terlebih dahulu. Jika masih ada kekosongan barulah diterima kanak-kanak lain tanpa meletakkan syarat kemampuan ibu bapa.

Geran Per Kapita PCG

  • Jumlah: RM2500 setiap kelas setahun
  • RM100 X 25 murid X 1 kelas
  • RM100 seorang murid setahun

Bantuan Makanan

  • RM1.80 seorang murid sehari
  • Jumlah: RM360 seorang murid setahun
  • RM1.80 X 1 murid X 200 hari

Program-Program Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia KPM

  • Mulai 2002 Program ICT Prasekolah diberi keutamaan dan menjadi sebahagian elemen penting. Untuk itu setiap kelas prasekolah dibekalkan Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian

Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak setiap kelas

Selain itu Program ICT Kidsmart Early Learning IBM dimulakan pada 2001. Satu set komputer, pencetak yang lengkap dengan meja, kerusi, dan perisian diagihkan untuk kelas prasekolah yang terpilih. Sehingga Februari 2004, KPM terima 59 set daripada IBM M Sdn Bhd

Melalui Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas, mulai 2003, sebanyak 3 kelas telah dibuka; 20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran

  • SK Khir Johari, Sungai Petani, Kedah.
  • SK Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.
  • SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.

Seterusnya Program Prasekolah Pendidikan Khas dibuka mulai tahun 2004. Sebanyak 28 kelas telah dibuka meliputi:

  • Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
  • Prasekolah Bermasalah Pendengaran
  • Prasekolah Bermasalah Penglihatan

Mulai 2004 pula, Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah bermula bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia setanding dengan prasekolah preschool di seluruh dunia.

Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →