Back

ⓘ Pendidikan swasta atau sekolah swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusi pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah inst ..



                                               

Taman Kanak-kanak Harapan Bangsa, Cipinang Pulo

Yayasan Taman Kanak-kanak Harapan Bangsa atau nama ringkasnya TK HARAPAN BANGSA, merupakan sebuah Taman Kanak-kanak Swasta yang terletak di Cipinang Pulo Rt 001/014 No. 15, Jakarta Timur, Indonesia. Yayasan Taman Kanak-kanak Harapan Bangsa memiliki kod NPSN 20110185. Pada 2010, TK Harapan Bangsa memiliki jumlah pelajar sebanyak 20 siswa 2010

Pendidikan swasta
                                     

ⓘ Pendidikan swasta

Pendidikan swasta atau sekolah swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusi pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan kerajaan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta.

                                     

1. Pendidikan swasta di Malaysia

Di Malaysia, penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya.

Pendidikan swasta di Malaysia bermula sejak 1950-an, terutama sebagai laluan kepada pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian di sekolah-sekolah Kerajaan bagi memperolehi sijil-sijil asas mereka. Pada awal 1970-an terdapat anjakan terhadap peranan dan fungsi sistem pendidikan swasta di mana pengusaha pendidikan swasta mula mementingkan kursus-kursus prauniversiti.

                                     

1.1. Pendidikan swasta di Malaysia Kategori IPS

Institusi pendidikan yang tergolong dalam kategori ini menawarkan pendidikan dari peringkat pra sekolah swasta, sekolah rendah swasta hinggalah ke peringkat sekolah menengah swasta. Jenis-jenis institusi pendidikan swasta dalam kategori yang perlu didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan termasuklah:

  • Sekolah rendah dan menengah agama swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan
  • Sekolah Antarabangsa
  • Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis panduan Kementerian Pelajaran
  • Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan penilaian yang dicadangkan
  • Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Pusat bahasa, pusat latihan komputer, pusat kemahiran/perdagangan, sekolah gaya pos dan lain-lain
  • Sekolah Ekspatriat – sekolah yang ditubuhkan di bawah kelolaan pejabat kedutaan
  • Pusat tuisyen yang menyediakan bantuan pelajaran kepada para pelajar mengikut Kurikulum Kebangsaan
Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →