Back

ⓘ Petunjuk geografi dan kepakaran tradisional di Kesatuan Eropah. Tiga skim Kesatuan Eropah bagi petunjuk geografi dan kepakaran tradisional, yang dikenali sebaga ..



Petunjuk geografi dan kepakaran tradisional di Kesatuan Eropah
                                     

ⓘ Petunjuk geografi dan kepakaran tradisional di Kesatuan Eropah

Tiga skim Kesatuan Eropah bagi petunjuk geografi dan kepakaran tradisional, yang dikenali sebagai Perlindungan Penamaan Asal, Perlindungan Petunjuk Geografi, dan Jaminan Keistimewaan Tradisional adalah peraturan petunjuk geografi yang ditetapkan Undang-undang Kesatuan Eropah untuk melindungi nama-nama produk daerah asal. Peraturan ini berlaku di Kesatuan Eropah dan sedang dalam proses berkembang ke seluruh dunia melalui perjanjian dua hala dengan negara-negara Kesatuan Eropah. Perlindungan Penamaan Asal memastikan hanya produk-produk asli daripada wilayah tersebut yang dibolehkan untuk dijual dengan menggunakan nama wilayah tersebut.

Perlindungan Penamaan Asal merangkumi produk pertanian dan produk makanan yang diproses dan dihasilkan di kawasan geografi tertentu dengan menggunakan cara pembuatan yang diiktiraf. Perlindungan Petunjuk Geografi merangkumi produk pertanian dan produk makanan yang amat berkaitan dengan kawasan geografi tertentu. Paling sedikit satu tahap pengeluaran, pemprosesan, atau masakan berlaku di kawasan geografi tersebut. Jaminan Keistimewaan Tradisional menjamin sifat tradisional, baik dalam komposisi atau cara pengeluaran daripada kawasan tersebut.

Perlindungan Penamaan Asal antara lain merangkumi nama-nama anggur, keju, ham, sosej, zaitun, bir, cuka balsamik, dan malah untuk roti-roti, buah-buahan, dan sayuran asal daerah tertentu. Label-label produk makanan dan minuman seperti keju Gorgonzola, Parmigiano-Reggiano, pai daging babi Melton Mowbray, keju Asiago, Camembert de Normandie, dan champagne hanya dapat ditampal kalau dihasilkan di tempat asalnya. Keju Roquefort hanya boleh disebut keju Roquefort kalau dibuat daripada susu yang diperah daripada biri-biri baka tertentu, dan dimatangkan di gua-gua semulajadi berhampiran kota Roquefort di kawasan Aveyron, Perancis yang merupakan tempat asal spora Penicillium roqueforti.

Sistem yang ini sama dengan sistem aplikasi asal yang diterapkan di seluruh dunia, misalnya Appellation dorigine contrôlée AOC, Denominazione di origine controllata di Itali, Denominação de Origem Controlada DO di Sepanyol. Dalam banyak kes, PDO atau PGI di Kesatuan Eropah berlaku selari dengan sistem di negara-negara lain.

Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →