Back

ⓘ Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang pada awalnya berlaku di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor, Ma ..



Peristiwa Kampung Medan
                                     

ⓘ Peristiwa Kampung Medan

Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang pada awalnya berlaku di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia dari 4 Mac hingga 13 Mac 2001 selama 13 hari. Peristiwa rusuhan ini berlaku dan merebak di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan, Taman Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan kerajaan. Pergaduhan tersebut turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong. Foto-foto milik Malaysiakini menunjukkan bukti yang mengerikan tentang kecederaan yang teruk yang berlaku akibat pergaduhan tersebut. Ketegangan kaum yang berlaku hampir dua minggu tersebut telah menyebabkan kematian enam orang serta meninggalkan lebih daripada 100 orang dengan kecedaraan parah, iaitu kecederaan kepala, tulang patah, dan anggota badan yang dipenggal. Empat ratus orang telah ditahan.

                                     

1. Punca

Pergaduhan antara dua kumpulan bermula di Kampung Medan ekoran persediaan majlis perkahwinan dan majlis pengebumian. Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah rumah orang Melayu. Sementara jiran Indianya mengadakan majlis pengebumian.

Kemudian, 200 orang turut sama dalam pergaduhan itu. Mereka dipercayai orang luar yang datang atau dibawa dari luar Kampung Medan. Peristiwa ini mendapat liputan CNN pada sebelah malamnya.

                                     

2. Rentetan peristiwa

Penduduk berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam. Masyarakat India berwaspada dan bersiap sedia sekiranya penduduk Melayu datang menyerang mereka. Sebaliknya masyarakat Melayu di Kampung Medan sentiasa berkawal kalau-kalau mereka diserang. Mereka tidak takut akan jiran-jiran mereka kerana mereka telah saling kenal-mengenali hampir 3 dekad. Samseng-samseng ini dikatakan datang dari luar.

Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor ketika itu bertindak berkawal di kuil Hindu di Kampung Medan agar orang-orang Melayu tidak bertindak. Malahan beliau sendiri menasihati penduduk Melayu yang marah agar mereka mematuhi undang-undang negara.

Beberapa orang yang luka telah dihantar ke Unit Kecemasan di Hospital Universiti di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Polis dan FRU telah bertugas dan berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama. Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu ialah Datuk Mohamad Jamil Johari. 153 orang telah ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian; 95 orang lelaki Melayu, 56 orang India dan 2 orang warga Indonesia. 37 orang telah dilaporkan cedera termasuk 3 orang India dan 34 orang Melayu.

98 senjata pelbagai jenis dan saiz terutama parang dan besi telah ditemui dan dirampas oleh polis yang membuat sekatan dan serbuan. Senjata-senjata lain ialah senjata buatan sendiri, pisau, pedang samurai, rantai besi, paip besi, kapak dan kayu.

Datuk Mohamed Jamil Johari turut menyatakan sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar. Beberapa buah bas dan van telah dirosakkan.

Datuk Seri S. Samy Vellu selaku pesiden MIC telah melawat mayat K. Muneiretham di Hospital Universiti. V. Segar, 34 dan A. Ganeson, 28 turut terbunuh.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia turut bertugas di Kampung Medan. Mereka bertugas memberi bantuan kecemasan dan bekalan makanan serta khemah. Rela dan St Johns Ambulance turut memberi perkhidmatan kecemasan dan kawalan keselamatan.

Masyarakat Malaysia terkejut dengan peristiwa ini dan tidak menyangka ia akan berlaku dan merebak terlalu pantas. MIC dan UMNO mengatur semula kompromi agar ia tidak berulang. Hindraf melalui DAP mempersoalkan di Parlimen Malaysia, kenapa polis tidak menyiarkan hasil laporan 6 orang yang terbunuh dan mengapa samseng-samseng tidak didakwa di mahkamah.

                                     

3. Selepas peristiwa

Selepas tragedi ini, kerajaan negeri Selangor telah menyasarkan Setinggan Sifar pada 2005 di Selangor. Pada tahun 2016, kawasan perumahan lebih teratur. 97 % perumahan baru setinggan telah diselesaikan.

Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →