Back

ⓘ Pendidikan Rendah lazimnya merupakan kursus bagi masyarakat sesebuah negara yang berusia lebih daripada enam tahun dan ia berterusan sehingga pelajar itu mencap ..



Pendidikan rendah
                                     

ⓘ Pendidikan rendah

Pendidikan Rendah lazimnya merupakan kursus bagi masyarakat sesebuah negara yang berusia lebih daripada enam tahun dan ia berterusan sehingga pelajar itu mencapai usia dua belas tahun.

                                     

1. Sekolah Rendah di Malaysia

Lihat juga: Pendidikan Rendah Malaysia

Di Malaysia, pendidikan rendah adalah dijalankan di sekolah-sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah swasta. Antara kemahiran yang diajar di peringkat ini ialah asas-asas membaca, menulis dan mengira. Sewaktu pelajar berada di dalam darjah enam, iaitu pada usia dua belas tahun, mereka dikehendaki mengambil peperiksaan penilaian yang dipanggil Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR, yang menilai prestasi mereka di dalam kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris, Matematik dan Sains.

                                     

2. Sekolah Rendah di negara-negara Barat

Di Amerika Syarikat pula dan kebanyakan sekolah di negara barat, sekolah-sekolah rendahnya dipanggil primary schools. Kebanyakan budak-budak dihantar ke tadika sewaktu berusia lima tahun dan memulakan darjah satu atau first grade pada usia enam tahun. Di negara ini tiada sekolah kebangsaan. Semua sekolah adalah dijalankan oleh kementerian pendidikan negeri masing-masing. Sistem pendidikan di Amerika Syarikat dan Kanada juga dipanggil "K-12" iaitu dari tadika atau "kindergarten" hingga ke gred 12 atau twelfth grade yang bersamaan dengan tingkatan enam di Malaysia.

Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →