Back

ⓘ Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, taufan dan aktivi ..



Bencana alam
                                     

ⓘ Bencana alam

Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, taufan) dan aktiviti manusia. Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan darurat, sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah sampai kematian. Kerugian ini bergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahanan mereka. Pemahaman ini berkaitan dengan pernyataan: "bencana muncul apabila ancaman bahaya bertemu dengan ketidakupayaan". Maka, aktiviti alam yang berbahaya tidak akan menjadi bencana alam di kawasan tanpa ketidakupayaan manusia, contohnya gempa bumi di wilayah tak berpenghuni seperti gurun. Jadi, penggunaan istilah "alam" juga ditentang kerana peristiwa tersebut tidak akan bahaya jika tanpa penglibatan manusia secara langsung mahupun tidak. Kebarangkalian untuk kerugian juga bergantung kepada bentuk bahaya itu sendiri, bermula dari kebakaran, yang mengancam bangunan orang perseorangan, hingga peristiwa hentaman meteor besar yang berupaya memadam ketamadunan manusia.

Namun, bagi kawasan yang mudah diserang, kesannya tidak begitu besar sekiranya penduduk di situ mempunyai ketahanan terhadap bencana. Konsep ketahanan bencana merupakan penilaian kemampuan sistem dan infrastruktur-infrastruktur untuk mengesan, mencegah dan menangani tentangan serius yang tiba.

Free and no ads
no need to download or install

Pino - logical board game which is based on tactics and strategy. In general this is a remix of chess, checkers and corners. The game develops imagination, concentration, teaches how to solve tasks, plan their own actions and of course to think logically. It does not matter how much pieces you have, the main thing is how they are placement!

online intellectual game →