Back

ⓘ Peristiwa Mukden, atau Peristiwa Manchuria, merupakan sebuah kejadian yang dilakukan oleh anggota tentera Jepun sebagai pemula akan serangan Jepun pada tahun 19 ..




Peristiwa Mukden
                                     

ⓘ Peristiwa Mukden

Peristiwa Mukden, atau Peristiwa Manchuria, merupakan sebuah kejadian yang dilakukan oleh anggota tentera Jepun sebagai pemula akan serangan Jepun pada tahun 1931 ke atas timur laut China, yang juga dikenali sebagai Manchuria.

Pada 18 September 1931, Lt. Suemori Kawamoto dari Unit Garison Kemerdekaan 独立守備隊 meletupkan sejumlah kecil kuantiti dinamit berdekatan dengan sebuah landasan keretapi yang dimiliki oleh syarikat South Manchuria Railway milik Jepun berdekatan dengan Mukden kini Shenyang. Letupan ini tidak kuat dan gagal untuk memusnahkan landasannya, dan sebuah keretapi melaluinya beberapa minit kemudian. Tentera Imperial Jepun menuduh penentang China melakukan tindakan ini dan bertindak balas dengan serangan penuh yang menyebabkan pendudukan ke atas Manchuria, yang mana Jepun mewujudkan negara boneka, Manchukuo enam bulan kemudian. Penipuan ini kemudian didedahkan oleh Laporan Lytton pada tahun 1932, mengakibatkan Jepun mengasingkan diplomatik dan pada Mac 1933 menarik diri daripada Liga Bangsa.

Pengeboman ini dikenali sebagai Peristiwa Liutiaohu, dan keseluruhan episod peristiwa ini dikenali di Jepun sebagai Peristiwa Manchuria dan di China sebagai Peristiwa September 18 Cina ringkas: 九一八事变 ; Cina tradisional: 九一八事變 ; pinyin: Jiǔyībā Shìbiàn.

                                     

1. Lihat juga

  • Serangan Jepun ke atas Manchuria 1931
  • Peristiwa Januari 28 Shanghai, 1932
  • Pertahanan Tembok Besar 1933
  • False flag
  • Peristiwa Jambatan Marco Polo Beijing, 1937
  • Peristiwa Huanggutun 1928
  • Peristiwa Jinan 1928
  • Perang China-Jepun Kedua
  • Tentera Revolusi Kebangsaan
  • Peristiwa Gleiwitz, kejadian serupa yang dilakukan Nazi Jerman dalam serangan ke atas Poland
                                     

2. Rujukan

Sumber

  • Lensen, George Alexander 1974. The Damned Inheritance: The Soviet Union and the Manchurian Crises 1924–1935. The Diplomatic Press.
  • Long-hsuen, Hsu; Chang Ming-kai 1971. History of The Sino-Japanese War 1937–1945 ed. 2nd. 33, 140th Lane, Tung-hwa Street, Taipei, Taiwan: Chung Wu Publishing. Selenggaraan CS1: lokasi link
  • Ferrell, Robert H. Mac 1955. "The Mukden Incident: September 18–19, 1931". Journal of Modern History. University of Chicago Press. 27 1: 66–72. doi:10.1086/237763. JSTOR 1877701.
  • Jowett, Philip 2005. Rays of the Rising Sun, Volume 1: Japans Asian Allies 1931–45, China and Manchukuo. Helion and Company Ltd. ISBN 978-1-874622-21-5.
  • Matsusaka, Yoshihisa Tak 2003. The Making of Japanese Manchuria, 1904-1932. Harvard University Asia Center. ISBN 978-0-674-01206-6.
                                     

3. Pautan luar

  • Article on Japanese military cliques and their involvement in The Mukden Incident from Japanese Press Translations 1945–46
  • Manchurian Crisis
  • World War II Database- Manchurian Incident
                                     
  • menjadi penanda permulaan bagi serangan Jepun ke atas tanah besar China, Peristiwa Mukden yang berlaku pada 18 September juga masih diingati sebagai hari memalukan
  • Belanda memberikan hak kepada golongan wanita untuk mengundi. 1931 - Peristiwa Mukden Satu bahagian Landasan Kereta Api Manchuria Selatan yang dibina Jepun
  • serangan yang digelar peristiwa Penaklukan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931 dikenali sebagai Peristiwa Mukden Peristiwa terakhir pada tahun
  • menyatakan bahwa operasi Tentara Empayar Jepun yang dilakukan menyusul peristiwa Mukden tidak dapat dianggap sebagai upaya membela diri yang sah. Mengenai
  • langsung menyebabkan pencerobohan tentera dari Jepun dalam melalui Peristiwa Mukden Sementara Chiang muncul dari perang ini setelah menggabungkan kekuatannya